Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Tangkap layar hantaran perkongsian @thepapanash

Baru-baru ini, tular di media sosial pengulas makanan dari Australia, Papa Nash berkongsi kisah tentang pasangan suami isteri dari Malaysia yang meraih pendapatan tinggi dengan hanya menjual sate ayam di Perth, Australia.

Sate itu dijual pada harga AU$2 (RM7) satu cucuk dan habis dijual dalam tempoh tiga jam dari pukul 2 petang hingga 5 petang.

Menerusi video yang dimuat naik itu, hidangan sate yang padat dengan daging tanpa lemak disediakan oleh si suami, manakala isterinya pula sedang menggoreng menu ayam berempah di dalam kuali

“Kebanyakan sate mempunyai lemak di bahagian tengah tetapi sate yang dijual ini sangat padat dan tebal.

“Sate ini dijual secara set dengan harga harga AU$12 (RM36.62) atau AU$2 (RM7) untuk secucuk serta ia dihidangkan bersama kuah kacang, bawang, timun dan nasi impit,” ulasnya.

Menurut video itu, gerai yang dikenali sebagai ‘Satay Bro’ ini tidak hanya menjual sate, tetapi juga menjual mi goreng dan nasi kuning ayam panggang.

“Kalau datang lambat, memang pasti kena beratur panjang kerana sate yang dijual ini memang sedap,” katanya.

Ulasnya lagi, sate tersebut merupakan antara sate yang paling sedap yang pernah dimakannya sehingga beri markah penuh untuk gerai itu.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna laman sosial memuji inisiatif orang Malaysia ini berusaha mencari rezeki di luar negara.

“Alhamdulillah tahniah, bukan senang nak cari rezeki di negeri orang,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Wow, hampir RM100,000 (AU$32,000) sebulan. Saya bangga dengan awak,” komen Kadyrov Oya.

Selain itu, ada juga komen terselit mengatakan mereka pernah bertemu peniaga ini ketika peniaga ini masih berniaga di Malaysia.

“Orang Cocos mungkin kakak dan abang ini. Di Sabah, mereka memang berniaga satay. Sedap,” kata andiros8.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker