Kenyataan Israel serang Gaza dengan senjata nuklear cetus kebimbangan – Russia

Kenyataan Israel serang Gaza dengan senjata nuklear cetus kebimbangan – Russia

RUSSIA: Russia menyertai negara lain dalam menyatakan kebimbangan terhadap kenyataan secara terbuka seorang menteri Israel yang mengemukakan idea menyerang Gaza dengan senjata nuklear, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai pemilikan senjata itu.

Moscow menyatakan reaksi itu semalam, beberapa hari selepas Menteri Warisan Israel, Amihai Eliyahu dalam wawancara radio mengatakan penggunaan nuklear akan menjadi satu cara untuk menangani Gaza dan memberi bayangan Israel bukan sahaja memiliki senjata nuklear namun bersedia menggunakannya.



Kebanyakan negara yang mempunyai senjata itu tidak pernah mengaku memilikinya.

Berikutan kenyataan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu Ahad lalu menggantung tugas menteri berkenaan dalam kerajaan campuran dan daripada menghadiri mesyuarat Kabinet sehingga diberitahu kelak.

Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova, berkata isu utama ialah Israel sudah mengakui bahawa ia mempunyai senjata nuklear.

“Soalan nombor satu – ternyata kita mendengar kenyataan rasmi mengenai kehadiran senjata nuklear?” tanya Zakharova seperti dipetik dalam agensi berita RIA negeri.



Jika ya, katanya, di manakah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan pemeriksa nuklear antarabangsa.

Persekutuan Saintis Amerika menganggarkan Israel mempunyai kira-kira 90 peledak nuklear.

Semalam, Amerika Syarikat mengecam komen Eliyahu sebagai “tidak boleh diterima sama sekali”.

Timbalan jurucakap Jabatan Negara, Vedant Patel, berkata pihaknya percaya adalah penting bagi semua pihak dalam konflik ini untuk menahan diri daripada retorik kebencian.



Kenyataan itu juga mendapat kecaman dari seluruh dunia Arab dan Iran menggesa tindak balas pantas daripada antarabangsa.

“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan IAEA mesti mengambil tindakan segera dan tanpa gangguan bagi melucutkan senjata rejim berkenaan,” kata Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian di media sosial X semalam. BH

Kenyataan Israel serang Gaza dengan senjata nuklear cetus kebimbangan – Russia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?



Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker