Jordan sedia berperang dengan Israel

Jordan sedia berperang dengan Israel

Perang yang berlaku antara Palestin dengan Israel mencetuskan kebimbangan kepada Jordan memandangkan negara itu menjadi rumah kepada sebahagian besar pelarian Palestin dan keluarga mereka ketika ini.

Jordan bimbang jika Israel mengusir penduduk Palestin di Tebing Barat secara besar-besaran dan menyebabkan negara ini ‘menjadi satu-satunya pilihan yang ada’ untuk menerima semua pelarian Palestin.



Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi menegaskan, sebarang tindakan untuk memindahkan penduduk Palestin di Tebing Barat ke Jordan oleh Zionis akan dianggap sebagai perang.

“Kami akan mengambil tindakan jika Zionis sengaja mengusir rakyat Palestin keluar dari Tebing Barat.

“Israel tidak boleh mengubah demografi dan geografi sesuka hati mereka dan kami akan mengambil tindakan walaupun terpaksa berperang,” tegasnya.

Dalam pada itu, Jordan turut meningkatkan kehadiran pasukan tenteranya di kawasan sempadan.



Selain itu, Jordan semalam menyatakan pihaknya ‘membuka semua pilihan yang ada’ sebagai tindak balas terhadap kekejaman Zionis yang terus mengebom Gaza sehingga meragut ribuan nyawa penduduk awam, termasuk kanak-kanak.

Perdana Menteri Jordan, Bisher al-Khasawneh bagaimana pun tidak mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

Beberapa hari sebelum itu, Israel memanggil pulang dutanya dari Israel, selain duta Israel ke Jordan juga sudag meninggalkan negara ini.

Jordan malah menegaskan duta tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke negara ini dan mengisytiharkannya sebagai ‘person non grata’.



“Semua pilihan sudah dibentangkan untuk Jordan berdepan dengan kekejaman Zionis di Gaza.

“Serangan ganas Israel tidak memikirkan soal penduduk awam atau sasaran ketenteraan, mereka hanya rakus melakukan pembunuhan beramai-ramai.

“Apa yang lebih teruk, Zionis sudah berani menyasarkan hospital dan tempat awam yang lain dengan memberikan alasan tidak munasabah,” kata Bisher.

Terdahulu, tentera Zionis menafikan operasinya menyasarkan penduduk awam , sebaliknya mendakwa Hamas yang menggunakan penduduk awam sebagai ‘perisai manusia’, menjadikan hospital sebagai kubu dan ambulans bagi membawa bekalan senjata.



Selain itu, Jordan dengan tegas memberitahu negara itu ketika ini mungkin membekukan semua hubungan politik, keselamatan dan ekonomi sekiranya konflik di Gaza semakin meruncing. Utusan

Jordan sedia berperang dengan Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?



Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker