Jangan hukum saya pro-Israel kerana hadir APEC – Anwar
Jangan hukum saya pro-Israel kerana hadir APEC – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk hadir ke Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat atas pertimbangan untuk menjaga hubungan diplomatik dan keamanan walaupun pendirian negara tidak berganjak dalam mempertahankan keadilan dan menyokong Palestin.
Menurut beliau, persidangan yang akan berlangsung pada 11 hingga 17 November ini akan turut dihadiri semua negara Asia dan negara-negara APEC atas undangan Presiden AS, Joe Biden.
“Saya memutuskan untuk hadir persidangan APEC yang dihadiri semua negara-negara Asia atas undangan Presiden Joe Biden ke San Francisco. Tentunya keputusan ini mungkin tak menyenangkan sebahagian pihak.
“Jangan hukum saya pro-Israel kerana hadir APEC kerana saya sebagai Perdana Menteri, saya juga kena jaga kepentingan negara ini, tentang keselamatan, ekonomi dan kesenangan dan tentunya tidak berganjak dalam pendirian ini (menyokong Palestin),” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan, di sini hari ini.
Semalam, Anwar memaklumkan akan memuktamadkan keputusan kerajaan sama ada akan menyertai APEC 2023 kerana ketika ini Malaysia sedang berkoordinasi dengan beberapa negara lain yang turut sama terlibat menyertai forum itu.
Menjelaskan perkara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau telah berbincang dan melihat pendirian negara lain dan setakat ini semua negara Asia dan negara-negara APEC menyatakan akan hadir.
“Jadi apakah kita kerana tidak setuju dengan pendian AS dalam isu ini kita tak hadir?
“Tetapi bagi saya kita juga kena jaga hubungan diplomatik dan keamanan walaupun tak berganjak dari sudut mempertahankan keadilan dan menyokong Palestin,” katanya.
APEC merupakan sebuah forum ekonomi serantau ditubuhkan pada 1989, untuk membantu semua negara terlibat memanfaatkan saling kebergantungan yang semakin meningkat di Asia Pasifik.
Selain Malaysia, APEC turut dianggotai oleh Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, AS dan Vietnam. Utusan
Jangan hukum saya pro-Israel kerana hadir APEC – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- https://mykmu.net/2023/11/06/graduan-unisza-terima-berita-kematian-bapa-ketika-menanti-giliran-terima-skrol/
- Azwan mahu saman Aliff Syukri RM100 Juta
- Azharina Azhar hidap penyakit misteri
- Lepas kahwin Intan Najuwa makin lawa macam anak dara
- Ryan Bakery, Adam, tolong sedar diri
- Tentera Ukraine diambang kekalahan
- Strategi jihad ganjil
- Ayah Angelina Jolie marah anaknya menyerang Israel
- GV10: Nasib malang Ezad Lazim
- GV10: Hardy Mirza rampas kedudukan Liza Hanim
- Penghidap barah payu dara jadi mangsa gangguan seksual ‘ayahanda’
- Kenapa satu telefon bimbit, satu boarding pass sahaja? – Ka Siong
- Pos kawalan tentera Israel dibedil roket Burkan oleh Hizbullah
- Konflik Palestin-Israel: Jenazah pemuda berbau kasturi [VIDEO]
- Konflik Palestin-Israel: Pakai telekung waktu tidur, sedia mati syahid [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi
Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah