Doa makbul ketika badan lemah

Doa makbul ketika badan lemah

Tahukah anda, antara cara untuk mendapatkan doa yang makbul adalah ketika badan dalam keadaan lemah. Ini kerana apabila badan lemah secara tidak langsung nafsunya juga cukup lemah maka doanya makbul.

Inilah penjelasannya kenapa ketika bulan Ramadhan doa makbul? Sebab nafsu cukup lemah. Kerana apa nafsu lemah? Sebab badan lemah dan otak tidak boleh berfikir kerana berpuasa serta tidak makan organ dalaman dan makanan yang tidak sihat.

Bukankah dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w. menyebutkan,

“Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak, imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan orang yang dizalimi” (HR Ibn Majah)

Seorang pengkaji Yahudi pernah menulis tentang amalan zikir yang diamalkan oleh golongan tarekat. Dari kajian yang dilakukan dapat disimpulkan orang tarekat sentiasa mahu melelahkan dirinya dengan amalan zikir yang banyak.

Apabila badan dilelahkan maka dengan cara itu nafsu dapat ditumpulkan. Amalan itu semua untuk menjadikan diri sentiasa bergantung secara mutlak kepada Allah dan meletihkan otak sehingga fikiran tidak boleh ingat pada keduniaan.

Bagi orang yang belajar tarekat, setiap malam ada amalan zikir yang perlu diamalkan hingga menjangkau beribu-ribu jumlahnya. Apabila selesai berzikir memang terasa meletihkan hingga fikiran tidak boleh fikir benda lain. Di dalam keadaan itu kita sebenarnya tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kecuali bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Setelah kita ingat Allah selama 40 hari, ia akan masuk ke dalam aliran darah. Seluruh tubuh dipenuhi darah yang sentiasa mengingati Allah dan menjadi darah daging di dalam tempoh 120 hari hingga ia sebati. Melalui latihan itulah kita jadi manusia yang tunduk dan meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah.

Solat tidak diterima 40 hari

Begitulah juga alasannya mengapa solat tidak diterima selama 40 hari sebagai balasan bagi mereka yang meminum arak. Penjelasannya sama seperti tadi iaitu di dalam tempoh 40 hari itu unsur-unsur arak masih ada lagi di dalam darah walaupun kesan mabuknya tidak ada.

Dan itulah juga halnya dengan puasa. Selama sebulan menjalani latihan maka ia akan berterusan menjadi amalan yang baik selepas bulan puasa. Sebenarnya puasa sebulan Ramadhan adalah kursus asas kemudian ditambah pula dengan puasa enam hari di bulan Syawal.

Puasa enam itu adalah kursus lanjutan kemudian ditambah pula dengan empat hari sebagai latihan amali. Maka ia menjadikannya 40 hari berpuasa.

Itulah antara rahmat Ramadan yang tidak terhingga. Dan, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kehidupan yang akan berlaku sepanjang tahun adalah hasil amalan yang dilakukan sepanjang Ramadhan. Di dalam hidup ini kena sentiasa ada fasa latihan. Begitu juga di dalam berbuat amal sepanjang Ramadhan, ia adalah latihan untuk menjalani hidup sepanjang tahun.

Bukan sahaja di bulan Ramadan, malah di bulan-bulan lain pun kita masih boleh amalkan untuk mencapai tahap takwa. Apa yang penting adalah sikap istiqamah, iaitu berterusan melakukan amalan tersebut. Tidak guna jika hanya seminggu dua sahaja bersemangat untuk melazimi sesuatu amalan dan kemudian belum pun mencapai 40 hari atau tempoh matang kita sudah berputus asa. Maka sudahnya tiada perubahan yang berlaku dalam diri. Wallahu a’lam Utv

Doa makbul ketika badan lemah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker