Bapa potong telinga anak, berang asyik minta duit

Bapa potong telinga anak, berang asyik minta duit

JAKARTA: Seorang bapa dari Kota Mataram bertindak memotong telinga anaknya gara-gara tertekan dengan sikap lelaki itu yang sering meminta duit darinya.

Ketua Polis Daerah Sandubaya, Komisioner Moh Nasrullah berkata, kejadian itu berlaku Sabtu lalu di kampung Cakranegara melibat dua beranak yang berusia 58 dan 33 tahun.

Mangsa yang terkena tetakan parang itu menerima rawatan intensif di Hospital Kota Mataram.

“Si ayah mengakui berang kerana anak kandungnya itu sering menyusahkannya dan meminta wang tetapi tidak tahu untuk apa wang itu digunakan.

“Kerana kecewa, si bapa mula beremosi dan menyerang dengan menghayunkan parang ke arah anaknya itu sehingga terkena telinga kiri mangsa,” katanya dipetik Kompas.com.

Menyedari kesilapannya, bapa mangsa kemudian tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Sandubaya.

Mo Nasrullah berkata, selepas pasukannya menyiasat dan menyoal saksi-saksi, perbincangan diadakan di balai polis dengan kedua-dua beranak itu bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara baik.

“Daripada hasil mediasi, mangsa bersetuju untuk tidak meneruskan proses undang-undang. Bapanya juga menyedari kekilafan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” katanya. Utusan

Bapa potong telinga anak, berang asyik minta duit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker