Kerajaan pantau RUU AS sekat pihak luar sokong Hamas – Zambry

Kerajaan pantau RUU AS sekat pihak luar sokong Hamas – Zambry

Kerajaan sedang memantau rapat keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin pada Rabu.

Menteri Luar Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya akan melihat secara terperinci terlebih dahulu kandungan RUU berkenaan sebelum melaksanakan apa-apa tindakan susulan.



“Keadaan di Palestin semakin buruk sehingga hari ini jumlah kematian yang kita terima adalah lebih daripada 8,700 orang dan keadaan ini amat mengecewakan manakala golongan yang hilang rumah mereka sudah mencapai angka 1.4 juta orang semuanya, ini merupakan satu keadaan yang sangat menyedihkan.

“Di satu pihak pengeboman yang berterusan dilakukan manakala di satu pihak mereka bukan nak ambil jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah, malah meletakkan lagi dalam keadaan yang sukar untuk mencapai keputusan yang baik bagi kita menghentikan serangan-serangan ini dalam kadar segera bagi membolehkan bantuan-bantuan kemanusiaan mulai masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Graduasi “Diploma in Diplomacy” (DiD) Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri malam tadi.

Katanya, penghantaran pertama bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza dijadual dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir melalui penerbangan kargo sewaan khas hari ini seperti yang dijadualkan.



“Kita ucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Mesir kerana dalam tempoh yang singkat mereka membenarkan bantuan dari Malaysia untuk sampai. Kebiasaannya bagi negara-negara lain untuk sampai ke Lapangan Terbang Al-Arish itu mengambil masa berhari-hari lebih kurang lima enam hari tetapi dalam konteks Malaysia kita mendapat keputusan dalam 36 jam sahaja.

… ia membolehkan kita membuat persiapan-persiapan untuk penghantaran ke lapangan terbang itu, daripada situ pihak berkuasa Mesir akan melakukan tindakan susulan bagi menghantar barangan ke Rafah,” katanya.

Dalam masa sama, Zambry berkata Wisma Putra juga sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengeluarkan seorang rakyat Malaysia Nurul Ain Haron serta suaminya yang sudah berada di Gaza sejak 1 Oktober lepas dengan kerjasama negara ketiga.

“Kita juga telah mendapat maklum balas tentang kemungkinan laluan di Rafah akan dibuka bagi membolehkan rakyat-rakyat dari luar negara dan mereka yang mempunyai dwikerakyatan iaitu rakyat Palestin dan negara lain untuk keluar,” katanya. FMT



Kerajaan pantau RUU AS sekat pihak luar sokong Hamas – Zambry

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker