Tiong nasihati Wan Saiful fokus kes mahkamah dulu

Tiong nasihati Wan Saiful fokus kes mahkamah dulu

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing menempelak dan menasihati Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan supaya fokus terhadap kes mahkamah dihadapinya.

Malah kata Tiong, pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu tidak perlu sibuk menjaga tepi kain orang.

“Saya minum, saya menari apa saya punya imej sebagai menteri tidak bagus? Pergi tengoklah rakyat komen macam mana kamu sekarang kena tuduh sebagai rasuah.

“Kamu punya parti hari-hari cerita orang rasuah tetapi akhir sekali kamu sendiri punya parti banyak orang rasuah jagalah kamu punya imej parti dulu terutama sekali kamu sendiri punya imej jangan ‘kong kali kong’.

“Cerita saya punya imej pula, saya mahu beritahu Wan Saiful kalau kamu tidak pandai menghormati orang berbilang kaum dan agama apa lagi cerita kamu sebagai pemimpin Bersatu, cukup malu kamu kata saya mabuk.

“Saya sudah beritahu saya minum memang saya main dengan budak-budak, main-main bising macam mabuk apa salahnya?” katanya dalam satu video di Facebook, hari ini.

Kenyataan ahli Parlimen Bintulu itu sebagai menjawab kritikan Wan Saiful yang mendakwanya sebagai “mabuk” dalam acara awam semasa kempen pilihan raya kecil di Pelangai, Pahang, bulan lalu.

Wan Saiful yang anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam menolak penjelasan Tiong bahawa dia bukan Islam.

Dia sebaliknya berkata, mabuk di khalayak ramai adalah akhlak buruk sebagai pemimpin tanpa mengira agama atau bangsa.

Mengulas lanjut Tiong dalam kenyataannya mengingatkan Wan Saiful supaya “jangan terlalu menjaga tepi kain orang, sehingga kain sendiri yang banyak lumpur tak nampak”.

“Dan kalau terasa nak menuduh orang lain, cermin-cerminlah diri sendiri terlebih dahulu. Wan Saiful perlu lihat diri sendiri.

“Jelaskan kepada rakyat bagaimana beliau boleh didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram seperti yang dilaporkan media. Namun, dia berani menggelarkan saya ‘mabuk’ dan mempunyai ‘imej yang rosak’.

“Dia juga telah menghasut orang ramai untuk mengajak orang lain mengulas sama ada saya mabuk atau tidak,” katanya.

Tambah Tiong, dalam negara Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya, Wan Saiful nampaknya tidak tahu menghormati budaya, agama dan kaum lain, atau sengaja memilih untuk menjadi ‘jahil’, sehingga tidak dapat bersikap terbuka dan inklusif.

“Dia sebaliknya lebih memilih untuk memberi penilaian peribadi dan menggunakan tanggapan sendiri dalam menilai orang lain. Jika dia terus bersikap begini, lebih baik tinggalkan pentas politik.

“Dengan rasa rendah diri dan ikhlas, saya ingin mencadangkan agar Wan Saiful menyelesaikan masalah dan pertuduhan terhadapnya terlebih dahulu. Jelaskan kepada rakyat bagaimana dana yang sebegitu banyak boleh masuk ke akaun miliknya seperti yang dilaporkan media.

“Jika perkara itu dapat diselesaikan, barulah boleh ‘sibuk’ hal orang lain,” katanya.

Tiong turut menegaskan bahawa dia berhak mengambil tindakan undang-undang susulan dakwaan dilemparkan Wan Saiful

Tegasnya, dia akan tetap mematuhi budaya, agama dan bangsa saya sebagai jawapan tuduhan “mabuk” yang dilemparkan oleh Wan Saiful.

“Saya juga berhak untuk menerusi tindakan undang-undang terhadap fitnah beliau kepada saya kerana dia tidak mempunyai bukti bahawa saya ‘mabuk’. Jangan cuba menangguk di air keruh.

“Demi kepentingan politik, sanggup mempergunakan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri, sedangkan rakyat nampak anda tidak membuat sebarang pencapaian dalam meningkatkan taraf hidup mereka,” jelasnya. Mk

Tiong nasihati Wan Saiful fokus kes mahkamah dulu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker