Tindakan Israel serang kem pelarian adalah ‘jenayah perang’ – PBB

Tindakan Israel serang kem pelarian adalah ‘jenayah perang’ – PBB

Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza boleh dianggap sebagai jenayah perang.

“Ini berikutan jumlah besar kematian orang awam dan tahap kemusnahan selepas serangan udara Israel ke kem pelarian terbesar di Gaza, Jabalia.



“Kami secara serius berpandangan bahawa ini adalah serangan yang tidak sewajarnya dan boleh dianggap sebagai jenayah perang,” menurut pejabat itu dalam hantaran di media sosial pada Rabu.

Kenyataan yang dikeluarkan PBB itu susulan pengesahan yang dibuat Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengenai serangan udara yang dilancarkan di kem berkenaan pada Selasa lalu.

Tegas IDF, serangan itu menyasarkan pasukan pejuang Hamas, yang didakwa mempunyai rangkaian terowong yang luas di bawah penempatan berkenaan.

Ia juga mendakwa, pesawatnya hanya ‘menyerang kompleks pengawal dan kawalan Hamas di Jabalya’, sambil mengesahkan ‘pejuang Hamas dilenyapkan dalam serangan itu’.



Pejabat media Hamas melaporkan, 195 penduduk Palestin maut dalam serangan pada Selasa dan Rabu di kem Jabalia di Gaza, selain 120 masih hilang di bawah timbunan runtuhan manakala sekurang-kurangnya 777 mangsa cedera.

Pasukan pegawai perubatan Palestin yang gali kawasan runtuhan bagi mencari penduduk terselamat memaklumkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh manakala 150 lain cedera dalam serangan itu.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) dilihat cuba mengelak seboleh mungkin daripada mengkritik tindakan Israel menyerang kem pelarian di Gaza itu.

Rumah Putih secara berterusan mengelak daripada mengkritik tindakan tentera Israel di Gaza, termasuk serangan ke atas kem pelarian yang meragut puluhan nyawa penduduk Palestin pada Selasa lalu.



White House menegaskan, AS tidak akan memberi sebarang maklum balas terhadap apa sahaja perkembangan terbaharu di wilayah peperangan antara Israel dan Hamas itu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan AS, John Kirby, sebaliknya berkata, AS lebih kerap berhubung dengan Israel dengan memberi penekanan mengenai kepentingan melindungi nyawa orang awam.

“Kami akan berhati-hati dalam mengambil tindakan terhadap setiap apa yang berlaku di lapangan,” kata Kirby kepada CNN, sambil menegaskan, AS masih mengumpul maklumat mengenai serangan tersebut.

Beliau, pada masa sama, tidak dapat memberikan anggaran kematian rakyat AS.



Tidak ketinggalan, Kirby juga enggan berkongsi lanjut reaksi peribadi Presiden AS, Joe Biden terhadap serangan udara yang berlaku pada hari Selasa lalu.

“Tiada perbualan yang kita (AS) ada dengan rakan sejawatan di Israel yang tidak mencerminkan kebimbangan berterusan kita terhadap kematian orang awam dan menggesa mereka untuk berhati-hati untuk mengelakkan risiko itu.

“Anda akan terus mendengar daripada Presiden AS mengenai kebimbangan besar kita terhadap keselamatan orang awam,” katanya. BH

Tindakan Israel serang kem pelarian adalah ‘jenayah perang’ – PBB



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker