Pekerja asing mandi, cuci baju guna air tangki atas bangunan
Pekerja asing mandi, cuci baju guna air tangki atas bangunan
Satu video tular menunjukkan tiga pekerja warga asing, dipercayai warga Bangladesh, mandi dan mencuci pakaian mereka menggunakan air tangki simpanan di atas sebuah bangunan di USJ 21, Subang Jaya, baru-baru ini.
Dalam video berdurasi 19 saat yang disiarkan di media sosial dan dikongsi secara meluas, ia menunjukkan tiga lelaki yang dipercayai bekerja dan tinggal berdekatan bangunan itu, melakukan perbuatan berkenaan tanpa menyedari bahawa mereka sedang dirakam.
Seorang daripada mereka dilihat mandi menggunakan sabun dengan air bilasan dipercayai masuk semula ke dalam tangki berkenaan.
Perbuatan itu mendapat reaksi ramai warganet yang disifatkan melampau dan perlu diambil tindakan, bimbang ia berulang lagi.
Selain daripada mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab itu, warganet juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera.
Seorang pengguna platform TikTok, MrCpnfyn menggesa individu yang merakam video itu untuk membuat laporan polis.
“Sila laporkan kepada pihak berkuasa. Apa akan yang berlaku jika ada bekalan air terputus,” tulisannya.
Sementara itu, pengguna MaslaysiaBoleh mengeluh bahawa pekerja itu terlalu ramai yang mandi di situ.
Selain itu, NadtrahIbrahim berkata, video itu sudah dirakamkan agak lama, tetapi masih belum ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.
Perkara sama turut dipersetujui warganet, arincjunk yang mempersoalkan mengapa tangki air itu tidak dikunci untuk mengelakkan perbuatan berkenaan terjadi lagi. BH
Pekerja asing mandi, cuci baju guna air tangki atas bangunan
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
- Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan
- Lebih ramai sokong Anwar jika PN enggan runding
- Jaguar ‘reban ayam’ berharga RM576,000
- Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan
- Kawan anak mengurat kerana disangka kakak
- Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin
- Polis cari ‘Dato Mohamad’
- Ustazah Asma tegur dialog terlampau drama TV3 (Video)
- Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil
- Janna menantu jahat di Tanah Suci
- Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata
- Netizen kecam Mas Khan sambut Halloween, siap jadi ‘pondan’ (Video)
- Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin
- Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini