Mabuk depan orang akhlak buruk tak kira agama – Wan Saiful

Mabuk depan orang akhlak buruk tak kira agama – Wan Saiful

Pembangkang terus mengasak Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Tiong King Sing kerana “mabuk” dalam acara awam semasa kempen pilihan raya kecil di Pelangai, Pahang, bulan lalu.

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Wan Saiful Wan Jan hari ini menolak penjelasan Tiong bahawa dia bukan Islam.

Wan Saiful sebaliknya berkata mabuk di khalayak ramai adalah akhlak buruk sebagai pemimpin tanpa mengira agama atau bangsa.

Menteri atheis sekalipun, jika mabuk di khalayak ramai, ia tetap perkara buruk dan tidak sesuai dengan amanah sebagai menteri, katanya.

Semalam, Tiong mempertahankan dirinya daripada kritikan sama di parlimen.

Pada 16 Okt lalu anggota parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin) berkata Tiong tidak sesuai menjadi menteri pelancongan kerana mabuk ketika sambutan Pesta Tanglung masyarakat Cina.

“Saya pergi pelangai sana. Mereka ajak saya menyertai festival tanglung, saya minum (arak), saya bermain dengan budak-budak macam orang gila sikit, apa salahnya?

“Kalau saya orang Islam, saya memang tak boleh buat macam itu, tapi saya bukan Islam, maka saya boleh buat, ” jawabnya.

Tiong setakat ini tidak menjelaskan sama ada dia mabuk atau tidak sebaliknya hanya mempertahankan tindakannya minum arak.

Dalam kenyataan di media sosial, Wan Saiful berkata, isu itu berkaitan etika dan menteri sebagai ketua kepada penjawat awam di sesebuah kementerian.

“Jika ada penjawat awam atau KSU (ketua setiausaha) bukan Islam mabuk di khalayak ramai selepas ini, adakah ini boleh diterima?” soalnya.

‘Saya boleh minum arak tapi tak boleh kahwin 4’

Sementara itu, Tiong pula terus mempertahankan dirinya dengan mengingatkan tentang kepelbagaian agama, bangsa dan budaya di malaysia.

“Saya faham sekiranya saya seorang penganut agama Islam, maka saya harus mengikut ajaran serta panduan agama Islam.

“Namun, saya bukan seorang penganut Islam, saya rasa perlakuan saya tidak patut dikritik.

“Saya boleh minum, menari serta perkara-perkara yang telah dibenarkan bawah undang-undang tetapi saya tidak boleh berkahwin seramai empat orang isteri.

“Orang lain mungkin diharamkan minuman alkohol, tetapi mereka boleh berkahwin lebih daripada seorang,” katanya. MK

Mabuk depan orang akhlak buruk tak kira agama – Wan Saiful

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker