LATAH – Sindrom masyarakat Melayu?
LATAH – Sindrom masyarakat Melayu?
“OPOCOT!” Itu antara perkataan yang biasa kita dengar apabila seseorang itu melatah akibat terkejut. Orang melatah biasa kita lihat, malah perlakuan itu menjadi satu bentuk hiburan kepada orang lain. Sebab itu ramai suka mengusik orang yang melatah.
Bagaimanapun reaksi individu yang melatah sebenarnya berlaku dalam pelbagai bentuk. Ada yang melatah dengan mengeluarkan kata-kata dan tidak kurang pula yang menzahirkannya melalui tindakan spontan.
Di Filipina, latah boleh menyebabkan seseorang itu mendapat sakit seperti demam, sakit perut dan juga penyakit kulit. Masyarakat di sana percaya, melatah merupakan satu sindrom yang boleh memudaratkan yang dikenali sebagai ‘lanti’. Seseorang yang terkena lanti akan menunjukkan reaksi terkejut spontan secara tiba-tiba sebelum melatah.
Di Kutub Utara pula, masyarakatnya mengenali latah sebagai sindrom ‘pibloktoq’. Seseorang yang terkena penyakit ini akan mudah terkejut dan mengeluarkan kata-kata spontan tanpa sedar. Kadang kala orang Eskimo yang terkena penyakit ini akan bertindak agresif hingga sampai ke tahap histeria. Bagaimanapun, ramai pengkaji percaya mereka berkeadaan begitu disebabkan oleh kemurungan akibat kesejukan yang amat sangat. Kebiasaannya, sindrom ini hanya menyerang golongan wanita dan jarang pada lelaki.
Ada beberapa pengkaji mengaitkan sindrom ini dengan tabiat makanan orang-orang Eskimo. Mereka percaya makanan yang mengandungi vitamin A bertoksik yang dimakan oleh orang-orang Eskimo boleh menyebabkan mereka menjadi latah. Bagaimanapun, belum ada ujian klinikal yang dibuat yang mengesahkan keadaan ini berpunca daripada makanan tersebut.
Bagi penulis buku American Normal: Hypestartle Syndrome, Lawrene Osborne, penyakit latah memang terkenal dalam kelompok bangsa Melayu. Keadaan itu seakan sama dengan penyakit anoreksia yang popular di kalangan orang-orang Barat. Begitu juga dengan orang Nigeria yang mengalami masalah kepenatan minda.
Soalnya apakah benar latah muncul akibat sindrom bawaan budaya masyarakat dan berkembang dalam masyarakat Melayu?
Sebenarnya, sindrom ini boleh juga berlaku di kalangan masyarakat bukan Melayu. Cuma bilangannya tidak begitu ketara berbanding orang-orang Melayu. Misalnya, dalam komuniti Baba Nyonya serta Chetti. Latah dalam kedua-dua kelompok masyarakat ini juga popular. Mungkin faktor sejarah, percampuran dan penyerapan budaya menyebabkan mereka sebati dengan perkara itu.
Ironinya, ramai menyangka sindrom latah sering berlaku di kalangan wanita Melayu berumur 50 tahun ke atas. Tetapi hakikatnya, latah juga boleh berlaku terhadap golongan muda tanpa mengira jantina dan peringkat usia.
Disebabkan itu juga, ada yang berpendapat sesebuah majlis perkahwinan bagaikan kurang serinya tanpa kehadiran si latah itu. Jika menghadiri sebarang majlis, pastinya golongan itu akan menjadi tumpuan dan bahan usikan kerana dapat memeriahkan suasana.
Latah ini boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu latah daripada segi bahasa, latah daripada segi tingkah laku dan latah daripada kedua-duanya sekali. Latah daripada segi bahasa biasanya berlaku melalui percakapan spontan atau menyebut sesuatu perkataan itu secara tanpa sedar. Manakala latah perbuatan pula berlaku apabila pelatah beraksi melakukan sesuatu perbuatan spontan mengikut arahan orang yang mengagahnya dan latah peringkat ketiga pula berlaku secara kedua-duanya sekali.
Orang ramai disarankan tidak mengganggu golongan yang melatah kerana berkemungkinan mereka berpotensi mendapat sindrom ini. Sebenarnya latah boleh berpindah daripada seseorang pelatah kepada orang baru. Ini akan berlaku apabila individu baru itu mula terikut-ikut tingkah laku pelatah. Caranya bermula melalui acahan dan lama kelamaan orang yang mengacah itu juga akan mendapat latah.
Walaupun kenyataan itu tidak dapat dibuktikan secara saintifik namun tabiat itu boleh berlaku tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Sehingga hari ini, tidak ada pengkaji yang menjumpai sebab sebenar mengapa latah boleh berpindah-pindah dan apa kaitannya dengan orang-orang di Nusantara. Tapi apa yang pasti ia merupakan sebahagian unsur yang wujud dalam budaya kita. Utv
LATAH – Sindrom masyarakat Melayu?
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
- Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan
- Lebih ramai sokong Anwar jika PN enggan runding
- Jaguar ‘reban ayam’ berharga RM576,000
- Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan
- Kawan anak mengurat kerana disangka kakak
- Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin
- Polis cari ‘Dato Mohamad’
- Ustazah Asma tegur dialog terlampau drama TV3 (Video)
- Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil
- Janna menantu jahat di Tanah Suci
- Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata
- Netizen kecam Mas Khan sambut Halloween, siap jadi ‘pondan’ (Video)
- Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin
- Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET