Kemenangan ini dedikasi buat Thinaah – Pearly

PEARLY dan Valeree berjuang dalam perlawanan menentang pasangan Jepun, Rui Hirokami-Yuna Kato demi Thinaah.

PEMAIN beregu wanita negara, Pearly Tan mengakui terkejut apabila gandingannya, M. Thinaah disahkan positif dua jam sebelum pertemuan menentang Jepun dalam aksi sulung Kumpulan Y pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang skuad badminton wanita Malaysia daripada melakar kejutan ke atas juara bertahan itu menerusi kemenangan 3-2 pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebentar tadi.

Pearly yang kelihatan sebak memikirkan mengenai nasib Thinaah berkata, dia dan Valeree Siow hanya menampilkan aksi terbaik bagi menghadiahkan kemenangan itu kepada pemain berusia 24 tahun tersebut.

“Saya fikir dalam kejohanan berpasukan, perkara ini (perubahan beregu) kadang-kadang berlaku dan saya cuba berikan sokongan terbaik kepada dia (Valeree). Kami berlatih seperti biasa.



“Saya terkejut dengan berita mengenai Thinaah dan dia pun ada hubungi saya. Dia sedih dengan apa yang berlaku dan saya berjuang dalam perlawanan ini demi Thinaah,” kata Pearly selepas menewaskan pasangan Jepun, Rui Hirokami-Yuna Kato.

Pada masa sama, dia juga mendedahkan, Pengarah Kejurulatihan Beregu negara, Rexy Mainaky menggesa mereka berdua supaya tidak terlalu memikirkan mengenai kemenangan kerana ia mampu menjejaskan rentak permainan mereka.

“Kami tahu pada minit-minit akhir mengenai barisan pemain yang akan diturunkan, jadi jurulatih minta kami supaya fokus dalam usaha mengutip mata demi mata dan jangan terlalu fikirkan kemenangan.

“Dalam perlawanan itu juga, kami masih berusaha untuk meningkatkan komunikasi bagi memastikan persefahaman lebih baik. Saya harap kami boleh kekalkan aksi seperti ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha



Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker