PRN Melaka: Terima kasih semua – Najib

PRN Melaka: Terima kasih semua – Najib

Sejak PRU14, beberapa siri pilihan raya telah diadakan.

Cameron Highlands. Semenyih. Rantau. Tanjung Piai. Kimanis. Chini. Slim.



Dan kini Melaka.

Satu pilihan raya yang sebenarnya tidak perlu diadakan dan terpaksa dibuat.

Terpaksa kerana PH berkomplot dengan 4 ADUN untuk menarik sokongan daripada kerajaan negeri.

Rakyat telah bersuara dan membuat pilihan.



Rakyat juga telah menghantar mesej jelas.

Pencapaian harus DIUTAMAKAN.

Janji wajib DITEPATI.

Katak-katak politik tidak diterima sama sekali.



Rakyat mahukan Kestabilan demi KEMAKMURAN.

Satu pilihan raya yang agak sukar juga bagi Barisan Nasional.

Kita berkempen atas 3 perkara

1. janji manifesto
2. rekod pembangunan dan pencapaian
3. pengurusan ekonomi



Kita berdepan dengan serang bertubi-tubi dan fitnah-fitnah daripada lawan.

Strategi dan skrip lama PRU14 diulang.

Tetapi rancangan dan halatuju pembangunan mereka tidak jelas dan tidak ada kredibiliti.

Akhirnya, rakyat membuat penilaian sama ada mereka yakin terhadap BN, PH atau PPBM.



Rakyat memilih Kestabilan demi KEMAKMURAN.

Kepada semua rakyat negeri Melaka, terima kasih.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk memimpin dan berkhidmat untuk saudara-saudari.

Saya yakin Melaka bawah pimpinan Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali akan bertambah baik, stabil dan makmur.



Berganding bahu dengan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan.

Saya juga ingin menambah di sini bahawa rakyat boleh berpegang kepada janji manifesto BN Melaka dan kita sama-sama usahakannya.

Kepada ADUN-ADUN Barisan Nasional dan kepimpinan kerajaan negeri Melaka, mandat telah diberikan oleh rakyat.

Buat sehabis baik, tunaikan janji BN dan laksanakan urus tadbir yang cemerlang di Melaka.

Kita tiada masa untuk dibazirkan.

Melaka telah banyak ketinggalan sejak PRU14 dan kita perlu kembalikan Melaka ke landasan pembangunan.

Melaka juga perlukan pemulihan ekonomi dan urus tadbir kebajikan rakyat yang lebih baik.

We have work to do. No time to waste.

Menang atau kalah, di seluruh Melaka, Barisan Nasional tetap berkhidmat untuk rakyat.

Semua pemimpin dan calon BN akan bertemu dengan rakyat di kawasan masing-masing menyampaikan penghargaan atas sokongan dalam Pilihan Raya Negeri ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jentera Barisan Nasional, komponen-komponen dan para penyokong yang telah berusaha berkempen untuk kemenangan rakyat ini.

Tahniah kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah Pilihan Raya Melaka Datuk Seri Mohamad Hasan atas kemenangan BN di Melaka

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada akar umbi PAS di Melaka yang turut memberikan sokongan kepada kita atas dasar dan semangat Muafakat Nasional di kawasan-kawasan tertentu.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat dari segi halatuju bersama pada masa ini, namun ahli-ahli kita semua tidak lupa usaha-usaha dahulu ke arah pembentukan Muafakat Nasional dan hanya mahukan yang terbaik.

Persaudaraan yang terjalin atas semangat perjuangan dan keikhlasan tidak akan terputus.

Barisan Nasional, genggamlah dengan erat mandat rakyat ini.

Perkukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kita.

Ayuh kita berjuang dan membela rakyat!

Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!

Kestabilan Demi KEMAKMURAN!

Najib Razak

PRN Melaka: Terima kasih semua – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker