Korbankan gelang emas demi suami
GUA MUSANG – Seorang wanita terpaksa menjual gelang emas miliknya berharga RM3,000 bagi menampung kos perbelanjaan suaminya yang disahkan menghidap kanser rektum atau kanser usus besar sejak dua bulan lalu.
Kehidupan Wan Normarlisa Sahila Wan Azmi, 40, bersama empat anaknya di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang di Jalan Persiaran Raya di sini berubah sekelip mata selepas suaminya, Nor Zamzuri Ibrahim, 44, terlantar.
Menurut pembantu tadbir itu, dia tiada pilihan terpaksa menjual seutas gelang emas miliknya untuk menampung kos rawatan dan pengangkutan suami ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dengan jarak lebih 300 kilometer (km).
“Kadang-kadang suami terpaksa tinggal 10 hari di hospital untuk rawatan. Saya perlu bercuti untuk menjaganya.
“Suami kini sudah memakai beg stoma selain tidak mampu menguruskan dirinya sendiri.
“Malah suami perlu ke HRPZ II untuk rawatan kemoterapi setiap dua minggu sekali,” katanya.
Terdahulu, Wan Normarlisa menerima sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gua Musang (SKOGUM) yang disampaikan Yang Dipertua (YDP) PIBG, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani di sini semalam.
Tambahnya, dia memerlukan membelanjakan lebih RM200 untuk membeli beg khas yang menjadi keperluan penting suaminya ketika ini dan beg itu perlu ditukar dua hari sekali.
“Kini tanggungjawab terhadap keluarga terletak di bahu saya kerana suami sudah terputus sumber pendapatan apabila tidak dapat bekerja sebagai pemandu kontrak kenderaan pacuan empat roda.
“Saya juga akan bertukar tempat kerja dan berpindah ke Kota Bharu selepas ini.
“Malah anak-anak juga akan ditukar sekolah ke Kota Bharu bagi memudahkan saya menguruskan suami selain mengelakkan anak-anak daripada tercicir dalam pelajaran,” ujarnya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Wan Normarlisa di talian 014-547 7312 atau menerusi akaun Bank Islam 03063020339656.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Akmal minta PM hantar 12 wakil rakyat PKR ke Gaza
- MP Labuan pula isytihar sokong Anwar
- Azhar Sulaiman beri amaran kepada Sharnaaz?
- Fazura kutuk Angelina Jolie acah-acah ‘buta’ kezaliman Zionis
- Hantu di UiTM Lendu
- Lauk babi hina industri nasi kandar – PRESMA
- FD3: Izzue Islam macam nampak kekok mengacara
- Kami tak pilih menantu kaya – Yusof Haslam
- Bomoh rogol pelajar sampai hamil ketika proses buang santau
- Anwar perlu lebih berani – TMJ
- Lelaki tidur dalam rumah mati disambar petir
- Alyah disangka Ira Kazar
- GV10: Bersepah nyanyian Aliff Aziz – Ramli MS
- GV10: Zamani tersingkir akhirnya
- Oops PAS tersalah langkah ke?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu
You must be logged in to post a comment.