Ambil alih MASWings selesai dalam 3 bulan, mula terbang 2024 – Abang Jo
Ambil alih MASWings selesai dalam 3 bulan, mula terbang 2024 – Abang Jo
KUCHING: Syarikat milik Sarawak, Hornbill Skyways Sdn Bhd dan Malaysia Aviation Group (MAG) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk mempercepatkan pemerolehan saham dalam MASWings Sdn Bhd bagi pengurusan perkhidmatan udara luar bandar.
Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata MoU itu akan membuka jalan ke arah perbincangan lebih terperinci antara kedua-dua pihak untuk memastikan negeri itu mendapat pegangan majoriti dalam MASWings.
“Sekarang ini, perbincangan terperinci (akan diadakan) antara kerajaan Sarawak, kerajaan persekutuan serta Khazanah Nasional Bhd, khususnya. Kami mahukan pegangan majoriti dan MAG berkemungkinan mahukan kepentingan, tetapi majoriti harus dimiliki oleh Sarawak.
“Daripada segi garis masa, saya akan beri mereka tempoh tiga bulan (untuk menyelesaikan proses pengambilalihan). Kalau boleh, kami mahu beroperasi sepenuhnya dan mula terbang tahun depan,” katanya selepas majlis menandatangani MoU itu di sini, hari ini.
Hornbill Skyways yang mengendalikan perkhidmatan pajakan penerbangan di Sarawak sejak 1977 diberi mandat untuk mengambil alih pemilikan MASWings dan mengendalikan perkhidmatan penerbangan luar bandar di Sarawak serta Sabah.
Abang Johari berkata, kerajaan negeri menyasarkan untuk menjadikan Kuching sebagai hab utama syarikat penerbangan, selain mengembangkan laluan syarikat penerbangan itu ke destinasi serantau melibatkan kira-kira enam hingga tujuh jam perjalanan seperti Australia, Hong Kong, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan India.
Bagaimanapun, katanya, MASWings tidak akan berorientasikan keuntungan kerana matlamat pengembangannya untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Itulah syarat kami dalam pengambilalihan MASWings. Model itu berbeza daripada syarikat penerbangan lain kerana kami tidak perlu menggunakan pesawat yang banyak, selagi ia terus bergerak dan terbang, jika tidak kos susut nilai akan berlaku.” FMT
Ambil alih MASWings selesai dalam 3 bulan, mula terbang 2024 – Abang Jo
Baca Artikel Menarik:
- Iklan ‘rasis’ cetus kontroversi, Big Pharmacy mohon maaf
- Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata
- Norish Karman kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin
- Artis lama sorok derita
- Serangan DragonForce terhadap rangkaian strategik Zionis, BNM keluar notis berjaga-jaga
- Nyawa pelancong melayang kerana jambatan kaca pecah
- Gara-gara booking homestay melalui internet, penyewa dapat vila yang menyeramkan
- Kanak-kanak Malaysia jadikan Roblox tempat bersolidariti untuk Palestin mengejutkan dunia [VIDEO]
- China beri amaran pada Amerika
- Teresa datang Langkawi tak pakai apa pun tak apa – Suhaimi
- Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang
- Imej satelit papar kemusnahan di Gaza
- Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN
- Siti Jamumall jaga abang OKU, bukan ‘biawak hidup’
- Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa
Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur
You must be logged in to post a comment.