Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN

Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN

Hakikat Palestin sebagai bumi barakah tidak dapat dinafikan. Namun di sebalik keberkatan itu, umat Islam diuji keimanan mereka sebagaimana hadis yang menyebut, daripada Tsauban r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda

“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya

“Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)

Mengulas hadis berkenaan, tidak dinafikan apa yang dijelaskan oleh hadis di atas sebenarnya berlaku di depan mata. Hari ini dunia menyaksikan, negara-negara yang berjiran dengan Palestin, khususnya negara-negara Arab seolah-olah tutup mata dengan isu penderitaan umat Islam di Palestin.

Hal ini terjadi kerana apa yang dikatakan timbulnya sifat cintakan dunia sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis berkenaan.

Negara Arab kebanyakannya bersekutu dengan Amerika Syarikat juga Israel. Justeru, demi menjaga kepentingan mereka, maka isu Palestin bukan menjadi keutamaan mereka.

Mereka takut negara mereka diancam dan diugut oleh kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan Israel. Mereka takut, andai mereka memberi sokongan kepada Israel, negara mereka akan menjadi sasaran untuk terseret dalam kancah peperangan. Akibatnya, ramai rakyatnya yang akan mati.

Secara tidak langsung sikap mereka inilah yang digambarkan oleh hadis tersebut iaitu kerana cintakan dunia, mereka juga takut mati. Di akhir zaman nanti Allah memperlihatkan akan ramai umat Islam yang cintakan dunia sebagaimana yang berlaku di Dubai apabila masing-masing berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan pencakar langit dan mengejar kemewahan dunia.

Hari ini bilangan umat Islam melebihi bilangan Zionis Yahudi di Palestin. Tapi bilangan yang ramai itu tidak mampu untuk menumbangkan Zionis Israel kerana masing-masing ada kepentingan.

Jadi inilah yang dikatakan sebagai umat Islam itu dikerumuni oleh banyak pihak yang berkepentingan dalam menjayakan agenda ekonomi masing-masing. Namun soal jihad mempertahankan Islam dan akidah umat Islam, tidak mampu untuk dilakukan.

Allah telah menunjukkan, daripada ramai umat Islam yang ada di dunia ini, hanya satu golongan daripada umat Nabi Muhammad s.a.w yang benar-benar memperjuangkan agama Allah iaitu apa yang berlaku di Palestin. Hal ini diceritakan di dalam hadis daripada Salamah bin Nufail Al Kindi ia berkata,

“Saya duduk di sisi Nabi s.a.w. maka seorang laki-laki berkata,”Ya Rasulullah, manusia telah meninggalkan kuda perang dan menaruh senjata. Mereka mengatakan,” Tidak ada jihad lagi, perang telah selesai.” Maka Rasulullah s.a.w menghadapkan wajahnya dan bersabda,

“Mereka berdusta!!! Sekarang, sekarang, perang telah tiba. Akan senantiasa ada dari umatku, umat yang berperang di atas kebenaran. Allah menyesatkan hati-hati sebahagian manusia dan memberi rezeki umat tersebut dari hamba-hambanya yang tersesat (ghanimah).

Begitulah sampai tegaknya kiamat, dan sampai datangnya janji Allah. Kebaikan senantiasa tertambat dalam ubun-ubun kuda perang sampai hari kiamat. Dan Allah telah mewahyukan kepadaku bahawa aku akan diwafatkan.

Aku tidak akan kekal di dunia ini, dan kalian akan saling menyusulku, sebahagian kalian memerangi sebahagian yang lain. Dan kampung halaman kaum beriman adalah Syam.”

Malaysia sewajarnya tidak perlu menjadi lemah semangat untuk terus membantu umat Islam di Palestin. Andai kita juga merasa takut dengan ugutan seumpama itu, maka jadilah kita sebagaimana buih pada masa banjir. Dikerumuni bila ada kepentingan dan dalam masa yang sama takut mempertahankan saudara seislam yang dipijak, ditindas dan diperangi.

Justeru dalam satu riwayat menyebut, Palestin akan menjadi satu-satunya tempat bertahannya iman di akhir zaman.Daripada Abdullah bin Amru, ia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Sesungguhnya saya melihat seakan-akan tonggak al-Kitab telah tercabut dari bawah bantalku. Maka aku mengikuti kepergiannya dengan pandangan mataku. Tiba-tiba muncul seberkas cahaya yang terang-benderang mengarah ke Syam. Ketahuilah, sesungguhnya iman pada saat terjadi beragam fitnah berada di Syam.” Utv

Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker