Dendam terbalas! Zii Jia tewaskan juara Terbuka Denmark di Terbuka Perancis
PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bangkit lebih santai daripada kekecewaan pada Terbuka Denmark apabila lolos pusingan pertama Terbuka Perancis.Lebih fantastik Zii Jia menewaskan juara Terbuka Denmark dari China, Weng Hong Yang di Glaz Arena, Rennes yang menjinakkan pemain kelahiran Alor Setar, Kedah tersebut 12-21, 6-21 di Odense pada 22 Oktober lalu.Zii Jia berstatus nombor 11 dunia menewaskan Hong Yang yang berada di kedudukan 19 dunia straight set 21-15, 21-11 dalam perlawanan yang berlangsung selama 45 minit.Kemenangan berkenaan membolehkan Zii Jia berdepan juara Seluruh England juga pemain nombor lima dunia dari China, Li Shi Feng yang sebelum itu menewaskan rakan senegara, Zhao Jun Peng, straight set 21-15, 21-15 dalam masa 44 minit.
Seorang lagi pemain negara, Ng Tze Yong turut mengikuti langkah Zii Jia selepas menjinakkan pemain Belanda, Mark Caljouw straight set, 21-15, 21-15 dalam masa 35 minit.
Menanti Tze Yong di pusingan seterusnya bintang muda Perancis, Arnaud Merkle yang menewaskan pemain India, Lakshya Sen straight set 21-15, 21-18 dalam masa 55 minit.
Beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut mara selepas mengatasi gandingan dari Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang, straight set 21-9, 21-8 dalam masa 24 minit.
Satu lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga mara selepas menewaskan Mads Vestergaard-Christine Busch dari Denmark, 21-12, 21-15 dalam masa 31 minit.
Sementara itu, nasib tidak menyebelahi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wu apabila tewas Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark, perlawanan tiga set.
Wei Chong-Kai Wu yang memimpin set pertama 21-18 gagal meneruskan momentum apabila tewas dua set berikutnya, 18-21, 15-21 dalam masa 58 minit.
Sebagai rekod, Terbuka Perancis yang berstatus Super 750 merupakan antara kejuaraan yang menawarkan mata kelayakan untuk Sukan Olimpik Paris 2024.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya tak gentar dengan usul sekatan ahli Parlimen Eropah terhadap Malaysia
- Fizi Ali ‘main air’ dengan isteri baharu
- Nikita Mirzani kena troll mahu ke Palestine untuk berperang
- Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram
- Bekas PM Israel cuak BBC memihak kepada Hamas, Gaza
- Nadia Brian dapat duda pun puas hati
- Bolehkah PAS dapatkan undi dari kafir, tanya Ti
- Pencuri ‘halimunan’ pakai tangkal akhirnya tumpas
- Nelayan selamatkan wanita terjun Jambatan Pulau Pinang [VIDEO]
- Manuskrip Melayu ratusan tahun ditemui di Belanda
- Enam kuasa besar juga sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza
- Boleh berkenalan?
- Kini masa singkir ‘kayu mati’ dalam Jemaah Menteri
- ‘Rupanya lelaki yang mati itu bekas suamiku…’
- Pembunuhan Palestin: Wartawan Romania kantoi meniarap cemas fitnah Hamas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa
You must be logged in to post a comment.