Berlepas ke China, Syafiq Amzah ucap terima kasih kepada pemfitnah

Berlepas ke China, Syafiq Amzah ucap terima kasih kepada pemfitnah

Adik kepada penyanyi Shila Amzah, Amir Syafiq, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang didakwa pernah memfitnah mereka sekeluarga.

Menurut Syafiq, gara-gara fitnah yang tersebar dan kekecohan konflik keluarganya di media sosial, dia terpaksa berdepan dengan penangguhan penerbangannya yang dijadualkan pada Khamis minggu lalu.



“Alhamdulillah hari ini saya terbang ke China selepas penerbangan saya terpaksa ditangguhkan disebabkan fitnah orang tidak bertanggungjawab.

“Hari ini Allah SWT bagi jalan untuk terus bekerja. Segala dugaan yang berlaku ada hikmahnya,” tulisnya menerusi sebuah kapsyen di akaun TikTok miliknya.

Selain secara sinis berterima kasih kepada pemfitnah, Syafiq turut meminta Shila Amzah untuk segera meminta maaf kepada ibu mereka, Fauziah Sarman.

“Terima kasih pada semua yang telah fitnah kami (saya, mak, Syada and Eiza). Saya memaafkan anda semua.



“Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai org lain,”katanya.

Sebelum ini industri seni heboh memperkatakan kemelut keluarga Shila Amzah apabila adiknya, Syada mencari rumah sewa dan mendakwa dihalau dari rumah milik di Hulu Langat.

Minggu lalu, Shila turut meminta seorang wanita bernama Eiza, yang dipercayai kekasih adiknya, untuk keluar dari rumah miliknya selewat-lewatnya pada Jumaat sebelum tindakan selanjutnya diambil. Utusan

Berlepas ke China, Syafiq Amzah ucap terima kasih kepada pemfitnah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker