50 pelanggan jatuh sakit selepas beli panipuri tepi jalan

Seramai 50 orang di negeri Jharkhand, India jatuh sakit akibat keracunan makanan selepas membeli panipuri daripada sebuah gerai di tepi jalan, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Ketua Pegawai Perubatan Tambahan (ACMO) berkata, kira-kira 40 kanak-kanak dan 10 wanita mengalami keracunan makanan selepas makan panipuri di Gosain Tola, daerah Koderma petang kelmarin.

“Pesakit mengalami komplikasi seperti muntah dan cirit-birit sebelum disahkan mengalami jangkitan kuman,” jelas pegawai itu sambil menambah, mereka dikejarkan ke Hospital Sadar dan diletakkan di bawah pemerhatian selama 24 jam.



Kanak-kanak tersebut berusia dalam lingkungan umur 9 hingga 15 tahun dan keadaan mereka kini stabil.

Tambah pegawai tersebut, baki makanan di gerai itu telah dirampas dan sampelnya telah dihantar ke bandar Ranchi untuk menjalani ujian. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker