Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF

Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF

Penganalisis berpandangan bukan mudah bagi tentera Israel mengalahkan Hamas meskipun pasukan itu memiliki banyak senjata canggih kerana kumpulan pejuang berkenaan amat licik.

Walaupun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dikatakan terlatih, serba lengkap dan bilangan anggotanya melebihi Hamas namun medan perang menanti mereka di Gaza mungkin boleh menyebabkan angka korban yang tinggi di pihaknya.



Lapor Daily Mail, pejuang Hamas beroperasi dalam rangkaian terowong yang kompleks, yang mana sebahagian daripadanya tertimbus sehingga 12.19 meter di bawah tanah.

Malah, kesemua terowong itu dikatakan boleh mengelakkan serangan hendap, dijadikan perangkap samar atau dipenuhi dengan bahan letupan.

“Ini bermakna Israel boleh membedil Gaza sesuka hati dan melancarkan amunisi pemusnah kubu untuk membersihkan terowong.

“Namun, IDF masih perlu mengerahkan ratusan ribu anggota tenteranya untuk memusnahkan `Gaza Metro’ dan meneutralkan setiap pejuang Hamas sekiranya mahu menghapuskan kumpulan itu sepenuhnya,” jelas laporan.



Pada 2011, Hamas pernah memaklumkan pihaknya sudah membina sistem terowong sepanjang kira-kira 482 kilometer (km).

Malah, kumpulan pejuang itu juga dipercayai sudah pasti meluaskan rangkaian terowong itu sejak itu.

Para penganalisis pertahanan kini menyuarakan kebimbangan mengenai `kehilangan besar’ yang bakal ditanggung oleh tentera Israel sekiranya bertempur dengan Hamas di Gaza.

Penganalisis pertahanan terkemuka, Sam Cranny-Evans berpandangan tentera Israel ketika ini sedang menghadapi pertempuran berdarah.



Beliau juga menyamakan potensi konflik itu kepada insiden pertempuran bandar yang paling getir di tengah-tengah perang Iraq.

Sam memberi amaran pejuang Hamas mungkin akan melombong terowong berkenaan dan menggunakan alat letupan buatan IED untuk melumpuhkan anggota IDF yang ditugaskan untuk membersihkan terowong tersebut.

“Dron mungkin digunakan untuk menggugurkan bom ke atas tentera Israel selain penggunaan alat letupan IED bagi melumpuhkan pasukan.

“Sudah tentu, IDF pernah berdepan teknologi ini namun mereka mungkin berdepan angka korban yang tinggi,” katanya. Utusan



Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker