Dakwaan DAP kafir: Syahredzan heret wakil PAS ke JK Hak Kebebasan

Dakwaan DAP kafir: Syahredzan heret wakil PAS ke JK Hak Kebebasan

Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang terguris dengan pelabelan kafir oleh pembangkang terhadap parti itu mahu merujuk ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Syahredzan, seorang daripada tiga ahli Parlimen Islam DAP, berkata dia telah mengemukakan usul berhubung perkara itu semalam dan bangun untuk mendapatkan jawapan daripada timbalan speaker Ramli Mohd Nor yang mempengerusikan sesi itu.



“Pada saya, ini menghina Dewan, maka, saya percaya kita sebagai ahli Parlimen harus meletakkan noktah kepada ungkapan macam ini apabila ditujukan (antaranya) kepada saya sebagai ahli Parlimen beragama Islam,” katanya.

Marzuk kemudian bangun untuk mencelah dan berkata, maksud kafir hanyalah terhadap individu tertentu di dalam parti berkenaan.

“Jangan cuba kelirukan Dewan!” katanya.

Ahmad Marzuk membuat kenyataan itu pada Selasa lalu semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024.



Bagaimanapun dia mempertahankan kenyataannya dan berkata ia disalah tafsir kerana hanya mengambil contoh kenyataan Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman yang melabelkan parti itu sebagai kafir harbi. Mk

Dakwaan DAP kafir: Syahredzan heret wakil PAS ke JK Hak Kebebasan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker