2 pemandu termasuk anggota tentera maut, kereta bertembung

Dua pemandu kereta maut apabila kenderaan mereka bertembung dalam nahas tiga buah kenderaan di Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Sungai Kelamah, di sini, malam tadi.

Dua pemandu kereta termasuk seorang anggota tentera wanita maut selepas kenderaan mereka bertembung dalam nahas di Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Sungai Kelamah, di sini, malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gemas, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Razeaf Zamri berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.13 malam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, insiden membabitkan Perodua Kancil dipandu anggota tentera berusia 32 tahun bertembung dengan Proton Saga dipandu seorang lelaki Melayu berumur 45 tahun.

“Impak pertembungan itu menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.



Ujar Mohd. Razeaf, nahas itu turut membabitkan sebuah lagi Perodua Kancil dipandu lelaki berumur 28 tahun yang telah melanggar bahagian belakang Proton Saga dan pemandu tersebut hanya cedera ringan.

Menurutnya, mangsa telah di bawa ke Klinik Kesihatan (KK) Gemas untuk mendapatkan rawatan lanjut

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker