Muafakat Nasional Selangor tetap bertahan – Noh Omar
KUALA SELANGOR – UMNO dan Pas di Selangor akan terus mempertahankan Muafakat Nasional (MN) atas prinsip parti itu sebagai pembangkang di negeri tersebut.
Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, parti itu berpegang kepada sejarah penubuhan MN itu sendiri iaitu sama-sama menjadi pembangkang selepas kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Bila sama-sama pembangkang baru nampak bagaimana hendak perjuangkan bangsa, agama dan negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pejabat Urusan Chinta Rich Empire di Peninsula Park di sini, pada Rabu.Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, prinsip itu masih kekal di Selangor memandangkan kedua-dua parti tersebut masih lagi berperanan sebagai pembangkang.
“Di negeri lain saya tidak mahu campur,” kata beliau lagi.
Menurut Noh, pihaknya akan terus memperkuh MN di Selangor dan tidak mahu berlaku pertembungan dua parti terbesar Melayu itu.
“Kita masih ada perjumpaan dengan Pas, tetapi apa jua keputusan kita serah kepada pihak atasan,” katanya.
Baca Artikel Menarik:
- Fatin penyelam komersial yang ‘rare’, pendapatan lumayan
- Bapa bonceng jenazah anak 70 KM, tak mampu bayar ambulans
- Perogol tertangkap selepas pesan kebab
- Tiada istilah payung emas, ia hadis palsu
- Anak Shuib jawab mengenai ibu tiri
- Fakta Perceraian Siti Saleha dan Ahmad Lutfi
- Lelaki ditahan rogol adik kandung
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.