Pembentangan saya diputar belit untuk memudarat imej PM – Rajah

Pembentangan saya diputar belit untuk memudarat imej PM – Rajah

Anggota badan penasihat khas kepada menteri kewangan Rajah Rasiah menjelaskan namanya telah digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memudaratkan imej Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Bercakap menerusi akaun Facebook SELANGORfm 100.9, beliau berkata tindakan pihak terbabit merupakan sebahagian daripada usaha memutarbelitkan pembentangannya mengenai Belanjawan 2024 baru-baru ini dan menjejaskan imej perdana menteri.



“Baru-baru nama saya digunakan untuk mengkritik perdana menteri. Saya ingin menekankan bahawa saya sama sekali tidak menerima tafsiran sebegitu.

“Saya lihat itu adalah sebahagian usaha untuk memutarbelitkan pembentangan (belanjawan) saya demi memudaratkan imej Perdana Menteri. Saya menolak sama sekali pandangan yang tidak bertanggungjawab seperti itu,” katanya yang juga Profesor Ekonomi di Universiti Malaya menerusi akaun media sosial itu.

Anwar telah membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas.

Baru-baru ini beberapa portal berita telah memetik kenyataan yang kononnya telah dibuat oleh Rajah berkenaan beberapa perkara dalam Belanjawan 2024.



Badan penasihat khas kepada menteri kewangan diketuai oleh Penasihat Petronas Mohd Hassan Marican.

Selain Rajah, anggota lain termasuk Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway Yeah Kim Leng dan Pengerusi Sarawak Energy Bhd Abdul Hamed Sepawi.

Perdana menteri mengumumkan penubuhan dan keanggotaan badan penasihat khas itu pada 7 Feb lepas.

Ketika mengumumkan penubuhan badan penasihat khas itu, Anwar berkata kumpulan penasihat itu terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku menteri kewangan. FMT



Pembentangan saya diputar belit untuk memudarat imej PM – Rajah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?



Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?

Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’



Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker