Elly Mazlein perli siapa?

Elly Mazlein perli siapa?

Perkongsian terkini bekas pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Elly Mazlein di Instagram Story (IGs), malam tadi, menarik perhatian netizen apabila entri berkenaan seolah-olah memberi bayangan mengenai pengundurannya daripada program realiti itu.

Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, namun, hantaran Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi yang menyentuh soal tanggungjawab dan sikap mengalah menyebabkan netizen membuat spekulasi ia ada kaitan dengan keputusannya berundur daripada ASGV.



“Kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita… Sebab apa? Sebab niat kita ini baik untuk memberi laluan kepada orang ‘is shaking’ buat keja dengan lebih selesa.

“Lagi satu, jangan gaduh pasal rezeki. Allah sudah susun baik untuk kita semua.

“Mengalah tidak semestinya kita kalah. Kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia,” katanya.

Elly yang meraih trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Julai lalu, turut meluahkan rasa tidak puas terhadap kenyataan seorang individu yang berbaur sindiran yang didakwa cuba memancing emosinya.



“Kita sudah elok senyap, member pulak ‘menggelitat’ nak kita cakap benda busuk bangkai ni. Dunia, dunia… Menghukum orang tak habis-habis supaya diri nampak terpaling baik… Makin serlah kelucuan ini.

“Ni baru nama lucu .. tak adalah ia lucu stereotaip,” katanya.

Elly turut meninggalkan pesanan kepada individu terbabit supaya berpijak di bumi nyata.

“Dulu kini dan selamanya walaupun sehebat mananya kita, sombong, hebat kasi turn sikit (kurangkan) dik… Ingat asal usul,” katanya.



Rabu lalu, Astro dalam kenyataan rasmi mengumumkan pengunduran Elly sebagai pengacara ASGV.

Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina itu dilaporkan membuat keputusan itu atas sebab peribadi. BH

Elly Mazlein perli siapa?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker