Malaysia kekal teguh sokong Palestin walaupun berdepan ancaman

Malaysia kekal dengan pendirian dan teguh menyokong Palestin walaupun wujud ancaman bom yang didakwa ekoran kelantangan negara membidas kekejaman Israel.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyeru semua pihak tidak perlu gentar dengan ugutan bom yang berlaku di Johor Bahru, Johor, semalam.

Menurutnya, ini kerana polis telah menyatakan bahawa bom itu adalah ancaman yang sengaja dibuat-buat.



“Cuma kita perlu berjaga-jaga dan tidak perlu khuatir dengan insiden yang berlaku.

“Mengikut kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, bahawa kita tidak perlu gentar pun dengan apa sahaja ancaman yang berlaku,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pejabat baharu UMNO Bahagian Tangga Batu di Taman Paya Rumput Utama di sini, hari ini.

Semalam, pihak pengurusan sebuah pusat beli-belah dan hotel terkemuka di Johor Bahru menerima panggilan ancaman bom daripada seorang lelaki dipercayai warga asing. Lelaki berkenaan memberi amaran supaya berhenti memberikan sokongan kepada perjuangan Palestin ketika ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan, ancaman berkenaan adalah palsu.



Katanya, seramai 92 pegawai kanan dan anggota termasuk dua unit anjing pengesan (K9) telah digerakkan ke lokasi pada pukul 6.15 petang, sejurus laporan polis diterima.

Hasil pemeriksaan Unit Pemusnah Bom dan K9 hingga pukul 11.30 malam, tiada sebarang objek mencurigakan dikesan.

Tambah Ahmad Zahid, sebagai tanda bersolidariti bersama Palestin, kerajaan telah mengumumkan pelbagai bentuk bantuan termasuk peruntukan RM10 juta menerusi Belanjawan 2024.

Katanya, sebelum itu bantuan sebanyak RM1 juta telah diberikan, disusuli Perdana Menteri mengumumkan tambahan sebanyak RM10 juta.



“Saya akan menyelaraskan kutipan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan orang ramai yang disasarkan sebanyak RM100 juta untuk membantu rakyat Palestin,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker