Gaza kini umpama penjara terbuka, terbesar dunia

Gaza kini umpama penjara terbuka, terbesar dunia

Penduduk Gaza kini umpama hidup dalam penjara terbuka terbesar di dunia, susulan kepungan ketat dilakukan Israel terhadap setiap penjuru wilayah itu sambil menghujani kawasan itu dengan bedilan bom secara berterusan, memusnahkan kediaman penghuninya.

Pintu Rafah yang menjadi laluan masuk ke Gaza menerusi Mesir juga ditutup pihak berkuasa negara jiran itu, membuatkan penduduk Gaza kini semakin tersepit apabila bekalan makanan dan bahan bakar semakin terhad.



Wanita warga Malaysia yang kini terperangkap di Gaza, Nurul Ain Haron, 37, berkata penduduk wilayah itu semakin sukar mendapat bekalan atau mengeluarkan wang daripada institusi kewangan.

“Di sini, penduduknya menggunakan syarikat kiriman wang dan saya lihat penduduk beratur panjang di pejabat cawangan serta mesin pengeluaran wang automatik (ATM),” katanya menerusi video yang dihantar kepada BH hari ini.

Katanya, semalam beliau bersama suami warga Palestin, Mohamed Adnan Shaat, 33, sempat menziarahi penduduk yang kehilangan tempat tinggal di sekitar Khan Younis, Gaza dan terpaksa mencari perlindungan di rumah saudara mara dan rakan-rakan.

“Mereka tidak dapat membawa apa-apa, memang tinggal sehelai sepinggang sahaja dan mengharapkan ehsan saudara mara,” katanya.



Bekalan elektrik yang terputus, manakala bahan bakar semakin berkurangan menyebabkan kebanyakan penduduk terpaksa tinggal bergelap dalam kediaman mereka.

Nurul Ain berkata, keluarga birasnya kehilangan 14 orang ahli keluarga selepas rumah mereka terkena bedilan bom tentera Israel semalam.

“Mereka semua terkorban, saya amat bersimpati dengan biras saya, namun beliau masih tabah dan mengharapkan keganasan serta penindasan ini akan tamat,” katanya.

Semalam, dilaporkan Nurul Ain terkandas di Gaza bersama keluarga suaminya ketika pulang bercuti sejak awal bulan ini.



Setelah sembilan tahun tidak bertemu keluarga, Nurul Ain dan Mohamed Adnan yang bekerja sebagai doktor perubatan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pulang ke Gaza kerana menziarahi keluarganya. BH

Gaza kini umpama penjara terbuka, terbesar dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker