Pengajian penuh dalam talian di OUM untuk semua

Pengajian penuh dalam talian di OUM untuk semua

Teknologi merevolusikan setiap aspek kehidupan kita. Semakin maju semakin tinggi permintaan untuk pendidikan yang mudah diakses dan fleksibel.

Kepesatan teknologi juga menyuntik kesedaran orang ramai terutamanya golongan bekerjaya tentang kepentingan menguasai kemahiran baharu seiring tuntutan kerjaya.



Maka, individu-individu ini perlu mencari kursus pengajian yang sesuai dengan jadual dan situasi mereka.

Memahami akan keperluan dan permintaan ini, Open University Malaysia (OUM) menyediakan kemudahan pembelajaran yang dinamik kepada mereka yang ingin mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi sesuai dengan objektif akademik masing-masing.

Sifat ketabahan dan keazaman graduan OUM dipupuk oleh pendekatan inovatif dalam pendidikan universiti tersebut.

Merevolusikan pendidikan tinggi



Sebagai perintis kepada kaedah pengajian dalam talian, OUM komited menghapuskan segala halangan serta memudahkan akses pendidikan kepada semua. Pembelajaran yang dahulunya hanya boleh diakses secara fizikal melalui bilik darjah, kini berjaya direvolusikan oleh OUM melalui kaedah pengajian dalam talian sepenuhnya.

Kaedah pengajian dalam talian sepenuhnya ini memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memilih silibus pembelajaran mengikut keutamaan. Ia juga memupuk pemikiran kritis, meningkatkan disiplin diri, dan mendedahkan individu kepada teknologi baharu yang menjadi tuntutan era digital masa kini.

Dengan pemahaman menyeluruh tentang bidang pilihan mereka dan kemahiran untuk mengemudi landskap digital, graduan OUM dilengkapi kemahiran untuk berkembang maju dalam pasaran pekerjaan yang pesat.

Pembelajaran inovatif



Untuk kekal relevan sebagai peneraju kemajuan pendidikan yang fleksibel, OUM membangunkan sistem pengurusan pembelajaran yang dikenali sebagai myINSPIRE. Pendekatan melalui e-pembelajaran yang komprehensif ini membolehkan pelajar mengakses bahan kursus, berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekuliah serta menghantar tugasan dengan mudah, walau di mana sahaja mereka berada.

OUM juga memastikan para pelajar tidak akan berasa terasing walaupun kelas diadakan secara dalam talian. Para pelajar boleh berkunjung ke mana-mana 35 Pusat Pembelajaran OUM di seluruh negara bagi mengakses semua kemudahan fizikal universiti tersebut.

Pusat Pembelajaran OUM berfungsi sebagai hab untuk pelajar mengakses pelbagai sumber dengan mudah, melibatkan diri dalam perbincangan secara bersemuka, dan mendapatkan sokongan akademik yang diperlukan. Pusat Pembelajaran OUM ini dilengkapi dengan bilik tutorial, makmal komputer, bilik mesyuarat dan ruangan membaca.

Gabungan pembelajaran dalam talian dan pusat pembelajaran fizikal ini membuktikan OUM mampu memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Ia turut memberikan peluang yang lebih besar untuk rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup bekerja sambil belajar.



Kejayaan graduan OUM bukti kehebatan pendekatan pendidikan dalam talian.
Program pengajian yang pelbagai

OUM menawarkan pelbagai program pengajian yang memenuhi permintaan semasa. Tanpa mengira latar belakang pendidikan, sama ada lepasan sekolah, golongan profesional ataupun mereka yang ingin meningkatkan kebolehpasaran diri dengan kemahiran baharu, OUM mempunyai program pengajian yang fleksibel dan berkualiti tinggi, direka khusus mengikut keperluan anda.

Diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), OUM memastikan program pengajian yang ditawarkan kekal dalam standard yang tinggi.

Institusi ini juga mengiktiraf pengalaman pelajar melalui sistem Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL). Melalui APEL, anda boleh menggunakan pengalaman kerja untuk memohon (APEL.A), memperolehi anugerah kredit bagi memendekkan jangka pengajian (APEL.C), ataupun menggunakan kepakaran profesional anda untuk memperoleh ijazah (APEL.Q).



Akhir kata, melalui program pengajian dalam talian yang disediakan oleh OUM, pendidikan tinggi kini lebih mudah diakses oleh orang ramai seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk melakar masa depan yang lebih cerah. FMT

Pengajian penuh dalam talian di OUM untuk semua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker