MYAirline bertanggungjawab bayar balik tiket pengguna – MAVCOM
MYAirline bertanggungjawab bayar balik tiket pengguna – MAVCOM
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengarahkan syarikat tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) segera menguruskan pengguna yang terjejas selepas mengumumkan menggantung operasinya mulai hari ini.
MAVCOM dalam kenyataannya berkata, MYAirline masih bertanggungjawab untuk membayar balik pengguna yang sudah membeli tiket dengan syarikat penerbangan itu walaupun menggantung operasi penerbangannya.
Pada masa sama, MACVCOM turut meminta pengguna terjejas yang telah membuat tempahan dengan MYAirline untuk penerbangan pada 12 Oktober dan ke atas supaya menghubungi saluran aduan khusus syarikat penerbangan itu untuk pertanyaan dan bantuan berkenaan dengan tempahan mereka
Talian dan saluran khusus untuk membantu pengguna yang terjejas untuk pertanyaan dan bantuan berkenaan dengan tempahan mereka menerusi talian pengguna MAVCOM :1800-18-6966 (Dalam Malaysia) atau +603-7651 2777 (Luar Malaysia) atau melalui emel [email protected] dan borang web aduan FlySmart boleh didapati di https://flysmart.my/make-a-complaint/.
Selain itu, aplikasi mudah alih FlySmart juga boleh dimuat turut daripada gedung Google Play dan Apple App store untuk pengguna Android dan iOS masing-masing.
Menurut kenyataan itu lagi, MAVCOM juga mengarahkan MYAirline untuk menghentikan serta-merta penjualan dan tempahan penerbangan dari semua platform tempahan sehingga notis selanjutnya.
“MAVCOM sedang menyiasat syarikat penerbangan itu berdasarkan semakan dalaman dan aduan yang diterima mengenai pembayaran berkanun syarikat penerbangan yang belum dibayar kepada pekerjanya.
‘MAVCOM akan menyediakan perkembangan lanjut berkaitan operasi MYAirline dalam masa terdekat,” katanya.
Sebelum ini syarikat penerbangan tambang murah MyAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa 12 Oktober 2023 sehingga diberitahu kelak.
Dalam satu kenyataan, Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu memaklumkan keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat. BH
MYAirline bertanggungjawab bayar balik tiket pengguna – MAVCOM
Baca Artikel Menarik:
- Marah diperli jiran punca lelaki letupkan bom
- Sorok beras tempatan, kilang di Kedah disita
- Keselamatan Roger Ng dalam bahaya – IGP
- Suami terkejut isteri buat servis di laman web lucah
- Gaza dikepung, penduduk tanpa bahan api, ubat, makanan
- Pasangan suami isteri pelajar USIM, 4 anak maut serangan Israel di Gaza
- Saya sudah cuba… Tapi gagal – Mawar Rashid
- 2 leftenan Kolonel didakwa cabul gadis kedi golf
- Presiden Palestin Abbas mohon bantuan Presiden Rusia untuk hadapi Israel
- Buat laporan tentang pemandu mabuk, dipersendakan pulak?
- Siapa GF Naim Daniel, Iman Troye ke Sissy Iman?
- Mais selar dakwaan Dusuki
- Bayaran Janna Nick tahap diva, tak mampu nak bayar
- Have fun jaja cerita cerai saya – Nadia Annuar
- Kahwinlah Anju, elak buat dosa, nasihat netizen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Noniswara terima untuk bermadu
Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis