Isu penyelesaian skandal dana 1MDB, Goldman Sachs saman Malaysia

NEW YORK: Kumpulan Goldman Sachs memfailkan saman terhadap Malaysia di sebuah mahkamah United Kingdom (UK), ketika ketegangan semakin memuncak berhubung isu penyelesaian berkait peranannya dalam skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber memberitahu Reuters, saman berkenaan difailkan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA), semalam.

“Hari ini (semalam), kami memfailkan saman timbang tara ke atas Kerajaan Malaysia kerana melanggar obligasinya untuk mengkredit aset dengan sewajarnya terhadap jaminan diberikan oleh Goldman Sachs dalam perjanjian penyelesaian kami serta bagi mendapatkan semula aset lain,” kata jurucakap bank itu kepada Reuters.

Terdahulu, saman berkenaan dilaporkan oleh Bloomberg News.

Pada 2020, Goldman Sachs bersetuju membayar AS$3.9 bilion untuk menyelesaikan siasatan jenayah dijalankan Malaysia terhadap peranan bank pelaburan Amerika Syarikat (AS) itu dalam skandal dana 1MDB yang membabitkan berbilion dolar.

Pihak berkuasa Malaysia serta AS menganggarkan AS$4.5 bilion telah dicuri daripada 1MDB melalui skim terperinci yang menjangkau serata dunia dengan membabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak; pegawai peringkat tinggi dalam dana itu; kakitangan Goldman dan lain-lain lagi.

Menurut Pendakwa Raya, Goldman membantu 1MDB mengumpulkan AS$6.5 bilion menerusi tiga jualan bon, namun AS$4.5 bilion didakwa telah ‘dilencongkan’ kepada pegawai kerajaan, jurubank serta rakan sekutu mereka melalui rasuah dan sogokan antara 2009 dan 2015.

AS telah memulangkan dana diperoleh daripada rampasan aset didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB yang dicuri. – REUTERS

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker