150,000 penduduk di Gaza terpaksa berpindah

150,000 penduduk di Gaza terpaksa berpindah

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell berkata pada Selasa bahawa pertempuran terkini antara Israel-Palestin menyebabkan pemindahan hampir 150,000 penduduk di Semenanjung Gaza.

Borrell berkata Semenanjung Gaza kini amat memerlukan bantuan kemanusiaan, lapor Agensi Anadolu.



“Jumlah korban semakin meningkat di Gaza, dengan 150,000 orang hilang tempat tinggal dan situasi kemanusiaan sangat teruk,” katanya selepas mesyuarat tidak rasmi menteri-menteri luar dari negara-negara ahli EU.

Pada mesyuarat itu menteri-menteri EU turut menegaskan pendirian mereka dalam pelbagai isu, termasuk pembebasan tebusan, perlindungan orang awam, menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Sehingga Selasa, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza mencecah 900, termasuk sekurang-kurangnya 260 kanak-kanak dan 200 wanita, menurut Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza.

Sementara itu, jumlah mangsa yang cedera pula melebihi 4,500 orang.



Menurut Kementerian Kesihatan Israel pula, sekurang-kurangnya 1,200 warga Israel terbunuh dan lebih 2,806 yang lain cedera.

Israel juga telah memutuskan bekalan air dan elektrik ke Gaza yang memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan terkepung itu.

Hampir 2.2 juta penduduk di Semenanjung Gaza telah hidup terkepung akibat pendudukan Israel sejak 2007.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak. Mk



150,000 penduduk di Gaza terpaksa berpindah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas



Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu



Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker