44 kawasan dikenal pasti berpotensi berlaku tanah runtuh

44 kawasan dikenal pasti berpotensi berlaku tanah runtuh

Sebanyak 44 kawasan dikenal pasti berpotensi mengalami tanah runtuh di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur susulan negara memasuki fasa Monsun Timur Laut sehingga Mac.

Situasi itu dilaporkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang memaklumkan mengambil tindakan sewajarnya dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), lapor Utusan Online.



Hujan lebat berterusan turut dijangka di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 hingga 31 Disember ekoran pengesanan luruan monsun berkenaan di Laut China Selatan yang diramal bermula Isnin ini.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) Aminuddin Hassim berkata, semua JPBN negeri berkenaan diminta sentiasa berwaspada dengan amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta mengambil tindakan awalan untuk membuka Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB) bermula hari ini.

“Setiap PKOB Negeri telah diarahkan untuk mengemukakan laporan kawasan-kawasan yang masih mengalami banjir dan yang telah surut (memasuki fasa pasca bencana dan pemulihan awal).

“PKOB juga telah memaklumkan kepada pihak JPS keperluan untuk atur gerak pam bagi operasi mengeluarkan air di kawasan banjir genang. PKOB Pusat turut dimaklumkan PKOB Terengganu bahawa negeri berkenaan telah memasuki fasa pasca sepenuhnya pada 21 Disember 2021,” katanya menurut laporan Utusan.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dekat Persiaran Kemuning Prima di Seksyen 25, Shah Alam, di sini yang dibuka sejak 18 Disember lalu.

Dalam pada itu, Aminuddin menyarankan penduduk di negeri terjejas membuat persiapan dan bersedia menghadapi situasi hujan berterusan seperti dimaklumkan MetMalaysia.

“PKOB juga telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) keperluan untuk atur gerak pam bagi operasi mengeluarkan air di kawasan banjir genang Nadma sedang menyelaras bantuan logistik yang diperlukan antaranya membawa unit pam JPS dari Ipoh ke Taman Sri Muda dan Mentakab.

“Bagi menghadapi banjir berlaku di Pahang berikutan ramalan luruan monsun bermula 27 Disember 2021, pihak APM Terengganu akan menghantar pasukan bagi membantu kesiapsiagaan negeri Pahang,” ujarnya. FMT



44 kawasan dikenal pasti berpotensi berlaku tanah runtuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai



Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker