Dakwaan Miss Universe Vietnam guna nitrus oksida untuk kekal senyum disiasat

HOA dinobatkan Miss Universe Vietnam di Bandar Raya Ho Chi Minh hujung bulan lalu. – BTC

Ketua penganjur pertandingan Ratu Cantik Miss Universe Vietnam 2023, Nguyan Thi Thuy Nga berkata, pihaknya akan mengenal pasti sama ada pemenang acara itu, Bui Quynh Hoa  menggunakan gas ketawa atau nitrus oksida, lapor portal berita VNEXPRESS kelmarin.

Sebelum ini, satu rakaman video yang  tersebar di media sosial menunjukkan sekumpulan individu  termasuk Hoa, 25, bergurau senda dan menyedut nitrus oksida pada Rabu lalu, manakala  netizen menyuarakan rasal kesal sekiranya wanita terbabit ialah Miss Universe.

Menjawab isu itu, Nga memberitahu akhbar: “Kami sedang mengesahkan dakwaan itu dengan Hoa.”

Tambah penganjur, pihaknya  akan menghukum ratu cantik tersebut jika dakwaan itu benar.



Hoa adalah seorang model dan ahli perniagaan serta pernah memenangi gelaran Supermodel Antarabangsa 2022 sebelum dinobatkan Miss Universe 2023 pada 29 September lalu di Bandar Raya Ho Chi Minh

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker