Pastikan ‘sekapal’ usaha REE elak ulang malang Pak Kaduk

Pastikan ‘sekapal’ usaha REE elak ulang malang Pak Kaduk

Unsur nadir bumi (REE) bukan sahaja penting dalam peralihan daripada industri dan tenaga berasaskan karbon kepada tenaga hijau dalam rangka menangani krisis perubahan iklim, bahkan menjadi kunci kepada ekonomi masa depan sehingga menjadi buruan, termasuk negara kuasa besar yang China membandingkan kepentingan sumber berkenaan kepada Negara Tembok Besar itu seperti minyak kepada Asia Barat. Malaysia sendiri dianggarkan memiliki sumber REE bukan radioaktif (NR-REE) berjumlah 15.2 juta tan dengan nilai pasaran semasa boleh mencecah sehingga RM747.2 bilion (AS$182 bilion) dengan taburannya dikesan di negeri seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Justeru, keputusan mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) seperti dinyatakan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad yang membenarkan kerajaan negeri melaksanakan penerokaan awal REE berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada perlu dilihat dalam konteks ini. Ia juga susulan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), tetapi wajar juga diingatkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan berkenaan bagi mengelak eksploitasi dan kehilangan sumber, sekali gus menjamin pulangan maksimum kepada negara.



Hakikatnya, kekayaan khazanah negara itu perlu diusahakan bukan sahaja dengan menitikberatkan kelestarian alam sekitar dengan pendekatan perlombongan tidak menyebabkan pencemaran air, udara, kehilangan biodiversiti dan masalah kesihatan rakyat, bahkan memberikan keuntungan optimum kepada negara dengan membangunkan industri teknologi tinggi di negara ini, sekali gus mencambahkan perusahaan pada peringkat huluan, pertengahan dan hiliran. Kita perlu belajar daripada ‘kesilapan’ negara pada masa lalu, apabila sekadar menjadi negara pengeksport bahan mentah, manakala negara lain termasuk Singapura memprosesnya dan mengeksport kembali ke Malaysia yang terpaksa membayarnya dengan harga lebih tinggi yang boleh dianggap mengulang ‘kisah Pak Kaduk menukar ayam sabungnya.’

Oleh itu, kita menyarankan kerajaan Persekutuan dengan negeri yang bercadang mengusahakan kekayaan di kawasan masing-masing untuk bekerjasama rapat dalam memastikan semua pihak berada dalam kapal yang sama, bukan tidur sebantal mimpi lain-lain. Kita mahu REE menjadi antara daya tarikan utama kepada pelabur asing ke negara ini, sekali gus membuka peluang pekerjaan gergasi kepada rakyat tempatan dan potensi pemindahan teknologi. Malah, usaha memanfaatkan REE yang menjadi nadi kepada teknologi hijau termasuk kenderaan elektrik dan peralatan elektronik seperti komputer serta telefon pintar itu perlu membabitkan institusi pendidikan tinggi dalam melatih dan menghasilkan tenaga profesional dan berkemahiran tinggi yang dapat mengisi keperluan industri berkenaan. Bh

Pastikan ‘sekapal’ usaha REE elak ulang malang Pak Kaduk

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker