Majed Salleh meninggal dunia

Majed Salleh meninggal dunia

Pelakon dan pengarah Majed Salleh, 65, menghembuskan nafas terakhirnya, pagi tadi.

Berita pemergian pengarah filem Syaitan Munafiq itu disahkan adik ipar arwah yang juga penyanyi Shiha Zikir menerusi hantaran dalam Instagram (IG).



“Assalamualaikum. Abang ipar Shiha, Abdul Majed Mohd Salleh kembali ke rahmatullah, sebentar tadi.

“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat arwah, semoga diampunkan segala dosanya dan tergolong bersama golongan beriman. Aamiin Ya Allah,” tulis Shiha.

Pada hantaran berlainan dikongsikan di IG Stories (IGs), penyanyi itu menyatakan seakan tidak percaya dengan khabar duka itu.

“Masih tidak percaya… rasa nak padam hantaran tadi,” tulisnya lagi.



Sementara itu, usaha BH Online untuk mendapatkan penyanyi itu tidak berjaya apabila tidak menjawab panggilan telefon.

Terdahulu, arwah Majed yang juga pelakon drama rantaian popular, Gerak Khas dan Metro Squad dilaporkan kritikal apabila fungsi jantungnya tinggal 25 peratus sahaja pada Jun lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan memasang perentak jantung di Hospital Serdang pada Jun lau dengan kos RM72,000 yang ditanggung pertubuhan bukan kerajaan.

Pada Julai lalu, isterinya Nur Shida Mohd Zikir, 43, memberitahu suaminya dikejarkan ke Hospital Selayang kerana keadaan jantungnya lemah dan badannya bengkak dan keadaannya juga dilaporkan teruk apabila penyakit merebak ke hati dan buah pinggang. BH



Majed Salleh meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker