Israel suruh PBB minta minyak daripada Hamas

Israel suruh PBB minta minyak daripada Hamas

Tentera Israel menyuruh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta bekalan minyak daripada Hamas untuk kegunaan menjana kuasa di hospital.

Sarana itu dibuat selepas Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) berkata ia mungkin terpaksa menghentikan operasinya hari ini sekiranya tidak mendapat bekalan minyak.



Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pejuang Hamas memiliki stok lebih 500,000 liter minyak dalam tangki di Gaza dan berkata kepada UNRWA: “Tanya Hamas jika anda boleh mendapatkannya”.

Rafah adalah lintasan utama keluar masuk Gaza yang tidak bersempadan dengan Israel, sekali gus yang menjadi tumpuan usaha untuk menyampaikan bantuan sejak Israel melakukan ‘kepungan menyeluruh’ ke atas kawasan itu sebagai tindakan balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Amerika Syarikat (AS) kini mengetuai rundingan dengan Israel, Mesir dan PBB untuk cuba mewujudkan mekanisme penyampaian yang berterusan bagi bantuan kepada Gaza di mana terdapat pertelagahan mengenai prosedur untuk memeriksa bantuan di sebelah sempadan Gaza.

Walaupun terdapat beberapa penghantaran makanan, air dan ubat-ubatan yang terhad sejak Sabtu lalu, bahan api masih tidak dibenarkan masuk.



Israel bimbang kemungkinan penghantaran bahan api akan dirampas untuk kegunaan Hamas dan jurucakap keselamatan negara Rumah Putih, John Kirby, menyifatkan kebimbangan Israel itu ada asasnya.

Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, menuduh Hamas mencuri petrol daripada UNRWA dan berkata, petrol tidak akan memasuki Gaza kerana Hamas mengambilnya untuk infrastruktur ketenteraannya.

“Kami masih percaya, secara amnya, bahan api itu perlu dibawa masuk dan disalurkan kepada penduduk Gaza,” katanya.

Pegawai kanan bantuan PBB, Lynn Hastings memberitahu Majlis Keselamatan (UNSC) bahawa PBB mempunyai trak berisi 400,000 liter di Mesir sedia untuk digunakan dan ia akan menyediakan bahan api untuk sekitar tiga hari.



Katanya, ketiadaan bahan api bermakna tiada hospital berfungsi, tiada penyulingan air laut sebagai minuman dan tiada pembuatan roti.

“Ramai orang kini terpaksa meminum air bawah tanah yang masin, meningkatkan risiko cirit-birit, taun dan masalah kesihatan lain.

“Kami menggesa Israel untuk mengembalikan bekalan air dan elektrik ke tahap sebelum konflik serta bekerjasama dengan kami untuk mencari cara selamat membawa bahan api ke Gaza,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, selain hospital yang terpaksa ditutup akibat kerosakan dan serangan, enam hospital di seluruh Semenanjung Gaza juga berisiko ditutup kerana kekurangan bahan api. BH



Israel suruh PBB minta minyak daripada Hamas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker