Pukul, rompak teman wanita angkara cemburu

Pukul, rompak teman wanita angkara cemburu

AMPANG – Gara-gara cemburu teman wanita mempunyai kekasih baharu, seorang lelaki bertindak memukul dan merampas telefon mangsa dalam kejadian hadapan kedai farmasi di Axis Mall Ampang, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 21 tahun yang bekerja di farmasi tersebut didatangi teman lelakinya untuk menjemputnya pulang sekitar pukul 9.50 malam.



Katanya, mangsa cuba melarikan diri namun suspek bertindak mengejar dan memukul mangsa.

“Suspek turut merampas telefon bimbit mangsa dan akibat kejadian itu mangsa merasa sakit di bahagian mulut dan kaki telah mendapat rawatan di Hospital Ampang.

“Punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati apabila mangsa mempunyai teman lelaki yang baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak diatas laporan, Mohd Azam memaklumkan sepasukan anggota polis membuat serbuan ke atas suspek lelaki tempatan di Jalan Cempaka, Taman Cempaka, di sini, semalam.



Menurut beliau, serbuan pada pukul 9.45 malam itu bejaya menahan lelaki berusia 26 tahun berkenaan dan turut ditemui telefon mangsa.

“Semakan mendapati suspek yang berkerja sebagai kelindan lori itu mempunyai enam rekod lampau atas kesalahan dadah dan jenayah. Ujian dadah juga mendapati suspek positif methamphetamin dan amphetamin,” katanya.

Kata Mohd Azam, suspek direman selama lima hari bermula hari ini sehingga Khamis hadapan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak sehingga mendatangkan kecederaan.



“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan juga dikenakan sebatan,” katanya. K Online

Pukul, rompak teman wanita angkara cemburu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker