Nahas jalan raya di Teluk Intan, warga emas maut, 2 parah dirawat di zon merah

Keadaan Perodua Myvi yang `terpacak’ dan Toyota Avanza selepas terbabit nahas di Parit 7, Jalan Sungai Manik, Teluk Intan yang mengakibatkan seorang wanita berusia 72 tahun maut manakala dua pemandu lelaki parah. – Foto ihsan pembaca

TELUK INTAN: Seorang wanita warga emas maut manakala dua lagi parah selepas Perodua Myvi yang dinaiki bertembung dengan sebuah lagi kereta di di Parit 7, Jalan Sungai Manik, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang mangsa berusia 72 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah dan tersepit.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, Perodua Myvi yang dipandu anak lelaki mangsa bergerak dari arah Teluk Intan menghala ke Langkap disyaki masuk ke lorong bertentangan sebelum merempuh Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki berusia 60an.

“Akibat nahas terbabit, seorang penumpang wanita Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dan parah, manakala pemandu Perodua Myvi dan Toyota Avanza turut cedera parah dan masih dirawat di zon merah Hospital Teluk Intan.

“Kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan berlaku.

“Orang awam yang menjadi saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hanif Ghazali di talian 013-8211978 atau 05-6122222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, gambar nahas berkenaan tular di laman media sosial kerana Perodua Myvi terbabit kelihatan ‘terpacak’ akibat perlanggaran terbabit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker