Regu takraw boleh tebus kecewa selepas kena libas di Sukan Asia

Regu takraw boleh tebus kecewa selepas kena libas di Sukan Asia

HANGZHOU: Kegagalan meraih pingat emas dalam acara berpasukan lelaki bukanlah ‘pengakhiran dunia’ memandangkan skuad takraw negara masih boleh menebus kekecewaan dalam acara regu dijadual bermula minggu depan.

Tekong skuad negara, Syahir Rosdi menegaskan rakan sepasukannya akan mencuba sedaya upaya bagi mendapatkan pingat emas dalam acara regu sekali gus mempertahankan pingat yang dimenangi mereka pada temasya Jakarta-Palembang, lima tahun lalu.



Jelasnya, aksi dalam acara berpasukan memberi banyak pengajaran kepada skuad takraw negara dan mereka sudah mula mendapat rentak selain mengharapkan momentum itu dapat diteruskan dalam acara regu.

“Ada peningkatan ketika final (semalam) dan kami dapat tunjukkan aksi yang lebih baik, jadi kami harap dapat konsisten. Perjuangan kami bekum habis lagi dan kami takkan putus asa.

“Macam mana pun, kami akan cuba dapatkan pingat emas dalam acara regu,” kata Syahir.

Terdahulu, pingat emas bagi acara berpasukan lelaki dimenangi oleh Thailand yang mengekalkan penguasaan dalam acara terbabit sejak edisi 1998 di Bangkok.



Pingat perak dimenangi anak buah Ahmad Jais Baharun itu sekali gus menyaksikan skuad negara mengulangi pencapaian sama bagi acara berpasukan lelaki pada Sukan Asia 2018 yang turut menjadi pingat perak ketiga buat negara di Hangzhou.

Sementara itu, apit kanan skuad takraw negara, Azlan Alias mengakui prestasinya belum lagi berada pada yang terbaik sekali gus dia akur bahawa dia perlu meningkatkan lagi persembahannya dalam acara regu selepas ini.

“Prestasi saya belum cukup baik kerana baru pulih daripada kecederaan tetapi itu bukan alasan. Saya datang ke sini untuk berperang.

“Mungkin Allah tak bagi rezeki dengan acara berpasukan. Insya-Allah kita akan buat yang lebih baik untuk acara regu nanti,” katanya. BH



Regu takraw boleh tebus kecewa selepas kena libas di Sukan Asia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker