Kerajaan percepatkan usaha bawa pulang dua rakyat dalam tahanan AS di Penjara Teluk Guantanamo
Kerajaan percepatkan usaha bawa pulang dua rakyat dalam tahanan AS di Penjara Teluk Guantanamo
Kerajaan sedang mempercepatkan usaha membawa pulang dua warga Malaysia yang kini berada dalam tahanan di Penjara Teluk Guantanamo, Cuba.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkara itu dibincangkan beliau dalam pertemuan dengan Wakil Khas Hal Ehwal Guantanamo, Tina Kaidanow, di New York baru-baru ini.
“Ini adalah pertemuan kedua saya dengan TYT Tina Kaidanow serta pertemuan susulan daripada lawatan saya ke Guantanamo Bay.
“Saya bertemu sendiri dengan kedua-dua warga Malaysia yang ditahan di sana. Kisah mereka membuatkan saya benar-benar tersentuh.
“Ini bertitik tolak tentang kehidupan, tentang keinsafan, tentang peluang menjadi insan lebih baik. Insya-Allah, kita akan usaha mempercepat urusan mereka kembali ke Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook dan aplikasi X, hari ini.
Dua rakyat Malaysia itu adalah Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin yang berdepan lapan tuduhan di Mahkamah Tentera Amerika Syarikat, termasuk tujuh berkaitan pengeboman berkembar, mengorbankan 202 orang di Bali pada Oktober 2002 dan pengeboman di Hotel JW Marriott di Jakarta, pada Ogos 2003.
Mereka ditahan di Thailand pada 2003 dan dimasukkan ke dalam kurungan bersendirian di lokasi rahsia yang dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat sebelum dipindahkan ke Teluk Guantanamo pada 2006. FMT
Kerajaan percepatkan usaha bawa pulang dua rakyat dalam tahanan AS di Penjara Teluk Guantanamo
Baca Artikel Menarik:
- Orang bukan Islam dengan al-Quran
- Reaksi positif diplomat di New York bercanggah dakwaan Sanusi di Pelangai
- GV10: Cliff Umar hampir tersingkir minggu pertama
- Munafik Hunter perjuangan Caprice
- Ceramah Tuan Ibrahim di Felda Chemomoi tidak dapat sambutan
- GV10: Peluang kedua peserta hotseats
- PAS pernah puji DAP kerana baca al-Quran
- Radzi Jidin akan dipanggil menghadap SPRM
- Pemuda Umno nafi protes calon BN di Pelangai
- Hulk Hogan kahwin lagi
- Beyounce dikaitkan dengan PAS
- ‘Event RXZ’ tenang, motosikal besar kecoh bergaduh [VIDEO]
- Radzi Jidin maklumkan isteri keturunan ulama besar
- Fify nafi seorang ‘playgirl’
- Pentas Gegar Vaganza GV10 dipanaskan oleh Jihan Muse, Nabil dan Elly Mazlein
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit
Musa Hassan kini suami Qistina