Dekatkan bukan Muslim dengan Islam, bukan lebarkan jurang – Adly

Dekatkan bukan Muslim dengan Islam, bukan lebarkan jurang – Adly

Naib Presiden Amanah Adly Zahari tidak bersetuju dengan reaksi PAS berhubung isu Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee memetik terjemahan ayat al-Quran.

Adly berkata orang Islam seharusnya mendekatkan orang bukan Islam dengan agama itu, bukan menjarakkan lagi mereka.



“Isu 3R (agama, kaum, institusi diraja) tak sepatutnya dipolitikkan.

“Sepatutnya kalau salah, perbetulkan dan nasihat dengan cara yang baik. Inilah nilai Islam yang sepatutnya (datang) daripada kita,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Kampung Bukit Gajah di Pelangai, Pahang hari ini.

Adly berkata demikian ketika mengulas isu yang timbul baru-baru ini selepas Lee, yang juga ahli jawatankuasa eksekutif DAP, memetik terjemahan sebahagian daripada ayat 59 surah an-Nisaa’ dalam satu video di media sosial.

Dalam video tersebut, Lee memetik sebahagian ayat 59 surah an-Nisaa’ yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”



Isu itu telah dijadikan antara “peluru” PAS dalam kempen PRK Pelangai setakat ini.

Mengulas lanjut, Adly yang dahulunya anggota PAS turut mengkritik parti itu kerana menjadikannya sebagai senjata untuk meraih sokongan pengundi.

Dia berkata parti politik sepatutnya saling bersaing dari segi nilai dan khidmat kepada rakyat, bukannya memberi tumpuan kepada isu 3R.

Tambahan pula, katanya lagi, sebahagian pemimpin DAP belajar berkenaan al-Quran daripada pemimpin PAS, ketika dua parti itu bersama dalam Pakatan Rakyat.



“Jadi kenapa di dalam (ketika bekerjasama) PAS mereka dibenarkan, dan apabila di luar PAS mempertikaikan (tindakan mereka)?” soalnya.

Adly turut ditanya berkenaan spekulasi dia mungkin dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup bagi menggantikan Allahyarham Salahuddin Ayub.

Ahli parlimen Alor Gajah itu berkata dia menyerahkan soal itu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

“Tiada komen. Itu prerogatif perdana menteri. Terpulang kepada perdana menteri dan kita pun serahkan kepada presiden (Amanah) dan perdana menteri untuk buat keputusan,” katanya lagi. Mk



Dekatkan bukan Muslim dengan Islam, bukan lebarkan jurang – Adly

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker