MARA buka permohonan tajaan sambung pengajian graduan cemerlang bulan depan

GrEP 2024

MARA buka permohonan tajaan sambung pengajian graduan cemerlang bulan depan

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mula membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara dengan iklannya bakal dikeluarkan pada bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pelajar yang berminat menyambung pengajian peringkat pasca siswazah boleh membuat semakan di pautan https://online.anyflip.com/shdgj/tksb/mobile/index.html bagi mengetahui lebih lanjut mengenai program serta universiti terbabit.



“MARA akan mula membuka permohonan untuk tajaan kepada yang mahu sambung belajar peringkat Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PhD) dalam dan luar negara, semua dialu-alukan memohon.

“Hebahan ini adalah makluman awal mengenai universiti dan kursus terpilih untuk tajaan pelajaran MARA Graduate Excellence Programme (GrEP) 2024,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, tawaran itu terbuka kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Sarjana Pertama atau Sarjana bagi melanjutkan pengajian peringkat pasca siswazah.

“Dengan permohonan itu, mereka boleh melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana (Dalam Negara), PhD (Dalam Negara) di institusi pengajian tinggi (IPT) dan Ijazah Sarjana (luar negara) di universiti terpilih di luar negara.



“Tajaan itu adalah mengikut bidang tertentu yang memberi impak besar kepada keperluan negara,” katanya.

Untuk rekod, GrEP adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah MARA ke peringkat pasca siswazah (sarjana dan PhD) di IPT terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara. BH

MARA buka permohonan tajaan sambung pengajian graduan cemerlang bulan depan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker