‘Pagi hilang abang ipar, petang pula anak ditemui lemas dalam kolam ikan’ – Bapa

‘Pagi hilang abang ipar, petang pula anak ditemui lemas dalam kolam ikan’ – Bapa

'Pagi hilang abang ipar, petang pula anak ditemui lemas dalam kolam ikan' - Bapa
Sheikh Mohd Hilmi menunjukkan gambar anaknya Sheikh Muhammad Iffat Nazril yang ditemukan lemas. – Foto NSTP/Alias Abd Rani

BATU PAHAT: “Pagi semalam kami sekeluarga kebumikan abang ipar, namun tidak disangka pada petang hari sama anak saya pula lemas”.

Itu luahan kesedihan Sheikh Mohd Hilmi Safwan Sheikh Mohd Anuar, 33, bapa kepada Sheikh Muhammad Iffat Nazril, kanak-kanak berusia 26 bulan yang ditemui lemas dalam kolam ikan di hadapan rumah keluarga mentuanya, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 petang ketika kebanyakan ahli keluarga sedang berehat sebaik selesai membuat persiapan kenduri tahlil di Kampung Seri Paya Laut, Parit Raja.

Sheikh Mohd Hilmi dilihat cuba menguatkan semangat untuk berhadapan ujian itu selepas kehilangan anak bongsu daripada tiga beradik yang turut dipanggil nama ‘adik’.

Menceritakan kejadian itu, Sheikh Mohd Hilmi yang juga anggota polis di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar berkata, pada hari kejadian dia tidak berada di lokasi kerana bekerja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


“Waktu kejadian situasi di rumah keluarga mentua agak ramai, semua masing-masing kepenatan untuk tahlil malam itu. Anak saya pula pada waktu itu baru lepas mandi.

“Pada mulanya dia masuk ke dalam bilik berdekatan ruang tamu. Selepas bersiap, isteri saya Nurul Ellyyana Sarmidee, 33, keluar bertanya di mana adik.

“Kami lihat dia tiada dalam bilik, pintu hadapan tertutup cuma pintu ke tandas belakang rumah terbuka. Ada kemungkinan adik keluar melalui pintu itu.

“Saya dengan arwah adik kami tidak pernah ke kawasan kolam itu kerana bersemak,” katanya ketika di temui hari ini.

Beliau berkata, arwah tidak pernah ke kolam itu kerana jaraknya agak jauh dari kawasan keluarga mentua.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


“Kami semua keluar mencarinya sehinggalah ada seorang ahli keluarga tergerak hati bila teringat arwah adik pernah memberitahu hendak ke sana, cuma dilarang oleh ahli keluarga.

“Bila kami ke kolam, barulah jumpa adik dalam keadaan tidak sedarkan diri. Abang ipar saya datang terus terjun dan membawa adik naik,” katanya.

Sheikh Mohd Hilmi berkata, arwah adik dipercayai tergelincir memandang terdapat kesan di tepi kolam itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, jenazah kanak-kanak dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.

“Siasatan dijalankan sebagai mati mengejut dan pada masa sama, kita juga membuka kertas siasatan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

 


‘Pagi hilang abang ipar, petang pula anak ditemui lemas dalam kolam ikan’ – Bapa

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker