Ebit Liew saman Caprice, Mondy
Ebit Liew saman Caprice, Mondy
Pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, dipalit kontroversi berhubung dakwaan gangguan seksual, memfailkan saman fitnah terhadap pempengaruh sosial, Caprice dan wanita Indonesia, Mondy.
Ebit Lew menerusi hantaran di laman sosial, memberitahu tindakan itu diambil menerusi peguam yang dilantik, Datuk Akberdin Abdul Kader.
“Peguam saya, Datuk Akberdin sudah memfailkan saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam tadi,” tulisnya di Facebook.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata 13 akan dipanggil bagi membantu siasatan kes gangguan seksual dan fitnah membabitkan Ebit Lew serta pempengaruh media sosial, The Mondy Tattoo dan Caprice.
Mohd Shuhaily berkata, polis membuka dua kertas siasatan membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dan Seksyen 500 kanun yang sama atas kesalahan fitnah.
Katanya, siasatan kes berkenaan sedang diselesaikan berdasarkan dua laporan yang diterima.
“Pengadu Rita Restu Amanda (The Mondy Tattoo) membuat laporan di Shah Alam, berhubung gangguan seksual manakala Ebit membuat laporan selepas dia kembali dari luar negara.
“Sehubungan itu siasatan dijalankan terhadap kedua-dua laporan yang dibuat oleh The Mondy Tattoo dan Ebit Liew,” katanya.
Sebelum ini, The Mondy dan Caprice membuat laporan polis berhubung gangguan seksual yang didakwa dilakukan seorang pendakwa bebas terkenal di negara ini terhadap Mondy.
Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew kemudian membuat laporan penafian berserta laporan fitnah di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, kelmarin.
Isnin lalu, polis Subang Jaya mengesahkan menerima laporan Ebit Lew berkaitan satu dakwaan fitnah sekembalinya dari luar negara.
Laporan polis dibuat pada jam 2.17 pagi itu susulan dakwaan pendakwah tersebut difitnah menerusi satu program bual bicara (podcast) di media sosial.
Pada 11 September lalu, media tempatan melaporkan The Mondy Tattoo mendedahkan cerita sebenar mengenai bantuan Ebit Lew menerusi program podcast khas yang dikendalikan Caprice.
Mohd Shuhaily berkata, pada masa ini pihak polis sedang melengkapkan siasatan dengan memanggil saksi-saksi yang dipercayai dapat membantu siasatan.
Beliau juga turut mengesahkan Mondy masih berada di Malaysia untuk proses melengkapkan siasatan.
“Saya juga ingin menjelaskan polis meminta Mondy menyerahkan telefon bimbit miliknya sebagai sebahagian daripada proses siasatan. Ini kerana kita perlu menyiasat segala kandungan dalam telefon bimbit miliknya bagi melengkapkan siasatan,” katanya.
Ketika ditanya sama ada kenyataan bapa Mondy menerusi media sosial yang memohon maaf kepada Ebit Lew turut dijadikan bukti dalam siasatan, Mohd Shuhaily berkata kenyataan itu tidak memberi kesan terhadap siasatan kes berkenaan. BH
Ebit Liew saman Caprice, Mondy
Baca Artikel Menarik:
- Ibarat beri kereta kepada monyet – TMJ
- Lelaki onani atas motosikal ditahan polis
- Muhyiddin semakin hilang peranan tertinggi dalam PN
- Saya bukan penyondol – Linda AF
- Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal
- Erma beri amaran kepada Nabila Huda
- Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin
- Ada suami minta cerai sebab isteri masak kurang garam
- Minyak masak berbotol jatuh dari langit, rezeki bergolek buat pengguna jalan raya [VIDEO]
- Menteri agama bidas Radzi Jidin buat tuduhan liwat atas PM
- Waris mangsa kemalangan maut saman Google Maps
- Bukan Sofyank – Mia Sara
- Pencen ahli politik perlu dimansuhkan dan ganti caruman KWSP
- Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis
- Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.