Penjaga ‘Blake’ peluk Islam

Penjaga ‘Blake’ peluk Islam

Di saat ramai yang masih bersedih atas berita kematian anjing pengesan bernama Blake milik Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), terselit berita gembira apabila penjaganya memilih untuk memeluk agama Islam.

Selepas lebih 72 jam berlalu, kematian Blake yang banyak berjasa dalam misi menyelamat mangsa bencana masih diratapi penjaganya, Salbuddin Salleh, namun beliau menganggap kisah sedih itu mempunyai hikmahnya tersendiri.



Melalui satu hantaran di akaun TikTok @iraqmantul, Salbuddin berkongsi foto saat beliau mengucapkan dua kalimah syahadah untuk menjadi saudara baharu, hari ini.

Dengan kapsyen ‘Kepergian mu Blake memberi hikmah kepadaku untuk berhijrah…”, jelas keputusan pegawai bomba itu memeluk Islam mendapat respons positif warganet melalui ruangan komen.

Setakat jam 11 malam tadi, hantaran itu mendapat 42,300 tontonan, 4,162 tanda suka, 805 komen serta 318 hantar semula.

Meenamoi Chemomoi dalam komennya menulis ‘Saya sampai tak mampu nak tengok gambar Blake, tapi berita Tuan buat saya sangat gembira. Tahniah dan terus istiqamah Tuan.”



ms.shahsulaiman_isma pula menulis, “Alhamdulillah, Blake pasti bahagia dengan keputusan Tuan.”

Seorang lagi pengguna TikTok, Nazlida Mohd Noor dalam komennya menulis “Alhamdulillah selamat datang saudara baharu. Moga Allah sentiasa merahmati Tuan dunia dan akhirat. Amin.”

Difahamkan, Salbudin, 34, melafazkan kalimah syahadah di sebuah masjid di Shah Alam bersaksikan bapa saudara dan sepupunya, pagi tadi.

Selasa lalu, negara dikejutkan dengan berita kematian Blake yang terpaksa ditidurkan pada jam 4.38 petang Isnin lalu selepas dikesan menghidapi barah limfoma.



JBPM dalam kenyataannya memaklumkan, anjing pengesan baka English Springer Spaniel berusia tujuh tahun itu sebelum ini dikesan menghidap barah pada tahap empat, 15 Ogos lalu.

Susulan itu, Blake sekali lagi dimasukkan ke Wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 September 2023 selepas didapati hilang selera makan dan kelesuan.

Blake sudah berkhidmat bersama JBPM selama enam tahun dan banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan JBPM di seluruh negara.

Antaranya, tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lalu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun, Yan, Kedah serta operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang. BH



Penjaga ‘Blake’ peluk Islam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai



Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?



Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker