Sharifah Shawati Dedah Jantung Berada Di Sebelah Kanan

Sharifah Shawati Dedah Jantung Berada Di Sebelah Kanan

Bekas personaliti TV3, Sharifah Shawati mendedahkan bahawa kedudukan jantungnya berada di sebelah kanan tidak seperti kebiasaan manusia lain yang mana kedudukan jantung adalah di sebelah kiri.

Menerusi temu bual bersama penyanyi, Zarul Umbrella, Sharifah Shawati atau nama sebenarnya Sharifah Shawati Syed Mohd berkata dia mengetahui tentang perkara tersebut semasa menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk sesi temu duga pekerjaan.

Difahamkan ketika itu dia sedang mencuba untuk mendapatkan pekerjaaan sebagai pramugari.

Ketika itu sedang temu duga, saya pun tak tahu tentang perkara ini. Bila buat pemeriksaan, tengok-tengok jantung saya berada di sebelah kanan.

Menurut Sharifah Shawati, dia hampir tidak berjaya mendapatkan pekerjaan tersebut kerana pihak pengurusan bimbang akan masalah kesihatannya namun setelah membuat pemeriksaan lanjut dia disahkan normal.

Saya hampir tak dapat pekerjaan ini kerana mereka fikir ada sesuatu yang tak kena dengan saya. Selepas melakukan pemeriksaan lanjut dengan doktor, rupa-rupanya ianya normal dan saya sihat walafiat, cuma jantung saya sahaja berada di sebelah kanan.

Saya terkejut dan ketika temu duga itulah baru pertama kali saya tahu yang jantung saya berada di sebalah kanan. Ibu bapa saya juga tidak mengetahuinya.

Alhamdulillah saya dapat pekerjaan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi kisah yang sama seperti bekas penyampai berita tersebut selain ada di antara mereka yang pertama kali mendengar tentang kedudukan jantung seperti itu.
Sumber: TikTok Zarul Umbrella

[videopress ml2iyeZB]

Sharifah Shawati Dedah Jantung Berada Di Sebelah Kanan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker