Tetamu majlis perkahwinan seronok bawa pulang sayur segar [VIDEO]

Tetamu majlis perkahwinan itu kelihatan memilih sayur-sayuran sesuai dengan keinginan mereka. – TikTok

Satu rakaman video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah majlis perkahwinan menjadikan sayur-sayuran sebagai cenderahati untuk dibawa pulang oleh tetamu.

Laman berita SindoNews melaporkan, video itu dikongsikan dalam akaun TikTok @kamaniya.organizer semalam.

Pasangan pengantin bernama Andini dan Tirta mengedarkan cenderahati berupa sayur-sayuran pada majlis perkahwinan mereka.

Pelbagai jenis sayuran segar disediakan termasuk sawi, terung, lobak merah dan kacang panjang.



Tetamu majlis itu dibenarkan membawa pulang seberapa banyak sayur yang mereka suka.

Pengurusan majlis itu malah menyediakan beg plastik kepada tetamu undangan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Si suami mesti memilih sayur sesuai pesanan isterinya,” komen seorang netizen.



“Ibu saya mesti seronok kalau pergi ke sana,” komen netizen lain. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker