Pengikut naik 25,000 orang bukti ramai sokong Fasha Sandha

PELAKON,  Fasha Sandha mendedahkan akaun Instagramnya meraih 25,000 pengikut baharu selepas video berendam dalam jakuzi bersama suami, Aidil Aziz tular tular dan dikecam ramai.

Katanya, dia tidak menyangka ramai memberikan sokongan padu ketika isu sedutan promosi bersama suami bagi sebuah produk jenama jamu dikatakan mendorong netizen ‘unfollow’ akaun media sosialnya.

“Sebenarnya saya terharu apabila menyedari lebih ramai beri sokongan berbanding melihat perkongsian yang saya lakukan atas dasar kerja itu sebagai isu buruk bersandarkan maklum balas di Instagram.



“Situasi ini dibuktikan menerusi peningkatan jumlah pengikut baharu melebihi 25,000 menjadikan jumlah keseluruhan followers saya kini sebanyak 5.3 juta orang.

“Ikutkan individu yang ‘unfollow’ saya tak sebanyak angka pengikut baharu, sekali gus menunjukkan ramai memahami tujuan video tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran jamu Inayah Beauty, di sini, hari ini.

FASHA memaklumkan video yang berendam dalam jakuzi dengan suami, Aidil hanya teknik pemasaran sebuah produk jamu.

Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 39, itu diangkat sebagai duta untuk produk Beunita selain diarak ke pentarana bersama suami seperti pengantin baharu.

Menurut Fasha lagi berhubung kecaman ramai mengenai pelakuan mereka yang disifatkan melampau, dia mengatakan tidak mampu menghalang pandangan ramai.



Begitupun, dia percaya orang sekeliling akan lebih memahami tujuan sebenar apabila video promosi yang sepenuhnya dilancarkan hari ini.

Malah pelakon drama Rampas Cintaku itu menafikan tindakan mengarkibkan video tersebut disebabkan kecaman ramai selepas tular.

Apa yang dipertontonkan hanya beberapa peratus saja daripada keseluruhan bahan promosi iaitu babak hujung kisah, jadi mungkin orang salah tafsir sedangkan ada cerita di sebaliknya. Tapi terima atau tak, hak masing-masing.

“Video jakuzi itu bukan saya padam, sebaliknya saya arkibkan kerana menunggu video penuh hari ini. Bukan sebab kecaman. Pandangan orang pun saya tak boleh kawal,” tambahnya.



Ditanya penerimaan sekeliling terutama keluarga, akui Fasha mereka semua faham itu hanya tuntutan tugas selain sudah biasa berkasih sayang sesama ahli keluarga.

“Ini tidak keterlaluan bagi kami. Saya post sebab mahu bagi contoh untuk orang terus berkasih sayang terutama yang lama berkahwin macam saya dan Aidil.

“Kami masih ada perasan tak sabar berjumpa lepas kerja dan walaupun di set penggambaran saya pastikan keperluannya dijaga.

“Bukan nak menunjukkan kita bahagia. Kami pun nak bagi contoh pada anak-anak untuk saling menyayangi. Anak-anak pun begitu sampai lima kali sehari kata ‘I love you’ kepada kami.



“Secara peribadi saya rasa netizen tak salah kalau tersilap tafsir,” luahnya lagi yang mengesahkan videonya dan suami meraih lebih sejuta tontonan.

Terdahulu, Fasha Sandha memohon maaf berhubung perkongsian rakaman babak intim dalam air bersama Aidil Aziz yang dimuat naik dalam Instagram, baru-baru ini.

Sedutan video aksi mesra suami isteri itu mengundang pelbagai komen termasuk agamawan dikatakan hanya gimik untuk promosi jamu

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker