Pemuda terkejut bakal ‘isteri’ sebenarnya lelaki, terus batalkan perkahwinan serta merta

Seorang pemuda membatalkan rancangan untuk berkahwin selepas mengetahui bahawa calon ‘isterinya’ sebenarnya ialah lelaki yang memiliki ciri-ciri kewanitaan, lapor laman berita Tribun Jabar hari ini.

Kisah tersebut disahkan oleh Ketua Kampung Jago, Deni Wirawan selepas ia menjadi tular di media sosial.

Menurutnya, penduduk kampungnya itu nyaris mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki.

Identiti calon ‘isterinya’ yang lemah lembut itu terbongkar ketika keluarga lelaki berkenaan mahu merisik bakal ‘pengantin perempuan’.

Keluarganya bagaimanapun kebingungan sambil memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai anak gadis.

Menurut Deni, sejurus mendapat tahu mengenai perkara itu, pemuda berkenaan membatalkan hasratnya untuk berkahwin. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker